awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu lori rentung dalam kemalangan

Sinar Harian
Sinar Harian
27/07/2022
22:15 MYT
Pemandu lori rentung dalam kemalangan
Keadaan di lokasi kemalangan di Kampung Sungai Sabai, Kalumpang, Hulu Bernam, pada Rabu. -Foto Sinar Harian
HULU SELANGOR: Seorang pemandu lori rentung dalam kemalangan di jalan Kampung Sungai Sabai, Kalumpang, Hulu Bernam di sini pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, dalam kejadian jam 11.45 pagi itu, lelaki berusia 45 tahun itu memandu sebuah lori jenis Hino menghantar muatan batu kerikil dari Serendah ke tapak pelupusan sampah di Sungai Sabai.
"Lori dipandu mangsa hilang kawalan dan terbabas ke sebelah kanan jalan lalu terbalik serta terjatuh ke dalam ladang kelapa sawit.
"Kemalangan itu menyebabkan diesel tertumpah di atas mangsa dan terbakar," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Arsad berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu boleh menghubungi balai polis berhampiran untuk tindakan selanjutnya," ujarnya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pemandu lori rentung
#tapak pelupusan sampah
#Kampung Sungai Sabai
#ladang kelapa sawit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan