awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu lori sempat mengadu sesak nafas beberapa jam sebelum meninggal dunia

Bernama
Bernama
09/08/2021
08:19 MYT
Pemandu lori sempat mengadu sesak nafas beberapa jam sebelum meninggal dunia
Mohd Adli berkata mangsa Wan Mohd Rudi memberitahu perkara itu kepada rakannya yang juga kelindan lori terbabit ketika dalam perjalanan dari Kuantan, Pahang. - BERNAMA
KUALA BERANG: Seorang pemandu lori sempat mengadu sesak nafas sebelum ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah treler di Kampung Tok Gebuk Ajil, Hulu Terengganu hari ini.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu DSP Mohd Adli Mat Daud berkata mangsa Wan Mohd Rudi Wan Yusoff, 34, memberitahu perkara itu kepada rakannya yang juga kelindan lori terbabit ketika dalam perjalanan dari Kuantan, Pahang.
Katanya, kira-kira pukul 2 pagi tadi pemandu dan kelindan itu telah berhenti rehat di lokasi kejadian sementara menunggu kedai tayar dibuka untuk menukar tayar kenderaan itu, sebelum meneruskan perjalanan ke Aring, Kelantan," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Katanya selepas beberapa jam, Wan Mohd Rudi didapati tidak bangun dari tidur setelah dikejutkan kelindan terbabit dan mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.55 pagi oleh pegawai perubatan yang hadir ke lokasi.
Mohd Adli berkata mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk ujian calitan COVID-19 dan bedah siasat.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#sesak nafas
#meninggal dunia
#pemandu lori
#Unit Forensik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan