awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pusat Kewangan Antarabangsa dilancarkan di tengah Vietnam
Indonesia sekat sementara akses Grok susulan kebimbangan kandungan deepfake AI
Washington, Caracas jayakan operasi bawa pulang kapal tangki Minerva ke perairan Venezuela
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu maut, bas rempuh belakang lori

Bernama
Bernama
25/10/2023
05:23 MYT
Pemandu maut, bas rempuh belakang lori
Keadaan bas ekspres yang merempuh belakang sebuah lori di KM220.7 Lebuhraya PLUS arah utara awal pagi Rabu. - Foto/ PDRM
ALOR GAJAH: Seorang pemandu maut selepas bas dipandunya merempuh bahagian belakang sebuah lori di KM220.7 Lebuh raya Utara Selatan (PLUS) arah utara di sini awal pagi ini.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata dalam kejadian 1.30 pagi itu, Zainuddin Jaidun, 49, yang cedera di bahagian badan meninggal dunia di tempat kejadian.
Beliau berkata tiga daripada penumpang cedera di bahagian kaki, seorang cedera di kepala manakala dua lagi cedera ringan dan seorang tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Ketika kejadian, mangsa membawa tujuh penumpang dalam perjalanan dari Singapura ke Terminal Bas Seremban manakala lori yang membawa muatan besi coli dari Melaka menghala ke Rawang.
"Siasatan awal mendapati ketika di lokasi kejadian, mangsa telah melanggar belakang lori sedang dipandu lelaki berusia 52 tahun," katanya dalam kenyataan hari ini.
Arshad berkata mangsa tersepit akibat impak rempuhan namun berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dan penyelamat sebelum dibawa ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat.
Menurutnya, pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah diminta hadir ke Balai Polis Trafik Alor Gajah untuk siasatan lanjut.
"Semua penumpang termasuk warga Singapura dan Myanmar telah dibawa ke Hospital Rembau serta Hospital Seremban untuk menerima rawatan.
"Kenderaan terlibat telah ditahan di Balai Polis Trafik Alor Gajah untuk dibawa ke Puspakom bagi pemeriksaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#PLUS
#bas
#Lori
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan