awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu maut, dua penumpang cedera kemalangan dengan lori

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
09/04/2022
08:44 MYT
Pemandu maut, dua penumpang cedera kemalangan dengan lori
Seorang pemandu maut manakala dua lagi penumpang cedera selepas kenderaan dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Ara Kuda, Tasek Gelugor, tengah hari tadi. - Foto ihsan bomba
TASEK GELUGOR: Seorang pemandu maut manakala dua lagi penumpang cedera selepas kenderaan dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Ara Kuda, Tasek Gelugor, tengah hari tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa, Mohamad Fikri Bin Mohd Zuki, 27, meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit dalam kenderaannya.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 12:09 tengah hari.
Katanya, kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Perodua Alza dan sebuah lori Volvo tanpa muatan.
“Setiba di lokasi kejadian, seorang mangsa iaitu pemandu kereta didapati tersepit dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) manakala dua penumpang lagi iaitu seorang lelaki dan seorang wanita mengalami kecederaan.
“Pemandu lori berkenaan tidak diketahui disebabkan tidak kelihatan di tempat kejadian” ujarnya.
Beliau berkata, anggota bomba kemudiannya menjalankan kerja-kerja menyelamat untuk mengeluarkan mayat mangsa daripada kereta yang remuk menggunakan peralatan menyelamat.
“Mayat mangsa berjaya dikeluarkan pada 12.44 tengah hari dan diserahkan kepada pasukan polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya lagi.
Manakala dua penumpang yang cedera dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk menerima rawatan.
Topic Berkaitan
#kemalangan dengan lori
#Jalan Ara Kuda
#tasek gelugor
#Mohamad Fikri Bin Mohd Zuki
#Perodua Alza
#lori volvo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan