awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu maut kereta rempuh tiang papan tanda dan pokok

Fareez Azman
Fareez Azman
31/08/2020
04:29 MYT
Pemandu maut kereta rempuh tiang papan tanda dan pokok
Kenderaan dipandu mangsa berusia 31 tahun terbabas sebelum merempuh tiang papan tanda dan sebatang pokok di Selayang. - Gambar: Facebook / Hew Soo Shiong
Seorang pemandu maut selepas kereta yang dipandunya merempuh tiang papan tanda dan sebatang pokok di Selayang pada pagi Isnin.
Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe kejadian berlaku kira-kira jam 7 pagi ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Selayang menghala ke Kepong.
Siasatan awal mendapati, setibanya di tempat kejadian, mangsa dipercayai menekan brek lalu hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu kiri jalan dan merempuh tiang papan tanda serta sebatang pokok.
Akibat rempuhan, kenderaan terbabit remuk dan mangsa tersepit dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Mayat mangsa berjaya dikeluarkan anggota Bomba dan Penyelamat dan dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat.
Kes disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#Akta Pengangkutan Jalan 1987
#Hospital
#kenderaan
#papan tanda
#pemandu
#pokok
#rempuh
#Remuk
#Selayang
#terbabas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan