awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas PM Norway disiasat berhubung elemen rasuah dalam fail Epstein
Malaysia berpotensi sebagai ‘orang tengah’ AS-Iran melalui jalur diplomatik - Duta Iran
Pengambilan terus pekerja asing langkah pembaharuan struktur pasaran buruh negara - DPMM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu maut, kereta terbabas rempuh treler dalam hujan lebat di Teluk Intan

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
24/03/2023
22:00 MYT
Pemandu maut, kereta terbabas rempuh treler dalam hujan lebat di Teluk Intan
Dalam kejadian di Kilometer 7, Jalan Maharajalela, Teluk Intan lewat petang Jumaat, kereta yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas masuk ke laluan bertentangan lalu melanggar treler. - Foto PDRM
TELUK INTAN: Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum merempuh sebuah treler dalam hujan lebat di Kilometer 7, Jalan Maharajalela di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, mangsa yang berusia 37 tahun mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Sementara itu, pemandu treler tidak mengalami kecederaan.
Menurut Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri, siasatan awal mendapati kereta berkenaan daripada arah Teluk Intan menghala ke Hutan Melintang.
“Sampai di tempat kejadian, kereta yang dipandu mangsa tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas masuk ke laluan bertentangan lalu melanggar treler.
“Dimaklumkan, semasa kejadian, cuaca hujan lebat dan permukaan jalan adalah licin,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Pihak polis meminta mana-mana saksi agar menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Hanif Ghazali di talian 013-8211978 bagi membantu siasatan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Ahmad Adnan menasihatkan orang ramai supaya sentiasa memandu mengikut peraturan serta undang-undang, terutama ketika hujan dan permukaan jalan yang basah serta bentuk jalan berliku.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#kereta rempuh treler
#hujan lebat
#Teluk Intan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan