awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia teruskan peningkatan dipacu belian saham murah
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu maut lori jatuh cerun

Sinar Harian
Sinar Harian
13/01/2022
01:30 MYT
Pemandu maut lori jatuh cerun
Seorang lelaki maut (Gambar kecil: Mohd Dali Mohd Yunus) selepas lori yang dipandunya terbalik dan jatuh ke dalam cerun ketika menuruni lereng bukit di Kuari Bukit Jerus, Pasir Puteh pada Rabu. -Foto Ihsan JBPM
PASIR PUTEH: Seorang lelaki maut selepas lori yang dipandunya terbalik dan jatuh ke dalam cerun ketika menuruni lereng bukit di Kuari Bukit Jerus di sini pada Rabu.
Dalam kejadian jam 11.40 pagi itu, mangsa, Mohd Dali Mohd Yunus, 53, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Ediansha Endal berkata, siasatan awal mendapati lori yang dipandu mangsa dalam perjalanan turun selepas mengisi tanah.
"Sampai di lokasi kejadian iaitu satu selekoh ke kiri, pemandu gagal mengawal lori itu menyebabkan kenderaannya ke lereng kanan bukit sebelum terbalik dan jatuh ke dalam cerun.
"Akibatnya, mangsa tersepit dan maut di lokasi kemalangan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Rabu.
Beliau berkata, mayat mangsa yang beralamat di Kampung Serdang Muda, Melor, Kota Bharu itu dihantar ke Hospital Tengku Anis Pasir Puteh untuk bedah siasat.
"Kes disiasat bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Mohd Dali Mohd Yunus
#lori terbalik
#Akta Pengangkutan Jalan 1987
#Ediansha Endal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan