awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Muhyiddin letak jawatan Pengerusi PN
Pas bakal putuskan status hubungan dengan Bersatu
Murid sekolah tak wajib pakai tali leher mulai tahun hadapan - KPM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu maut lori jatuh cerun

Sinar Harian
Sinar Harian
16/06/2022
22:40 MYT
Pemandu maut lori jatuh cerun
Bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit selepas kenderaan dipandunya terjatuh ke dalam cerun di Lebuhraya Utara Selatan pada Khamis. -Foto Sinar Harian
SUNGAI BULOH: Seorang pemandu lori maut tersepit selepas kenderaan dipandunya terbabas dan terjatuh ke dalam cerun di Lebuhraya Utara Selatan susur keluar dari Hospital Sungai Buloh menghala ke Kuala Lumpur pada Khamis.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.52 tengah hari, mangsa Khairul Farhanuddin Mohd Lias, 27, meninggal dunia di tempat kejadian.
Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, siasatan awal mendapati kemalangan itu melibatkan sebuah lori lima tan yang dipandu mangsa telah melanggar bahagian belakang lori tiga tan.
Menurutnya, akibat kemalangan itu lori lima tan telah terbabas dan terjatuh ke dalam cerun ketinggian enam meter menyebabkan pemandunya tersepit di bahagian pemandu dan mengalami cedera parah.
“Mangsa berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
"Dua mangsa yang menaiki lori tiga tan mengalami cedera ringan dan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#pemandu lori maut tersepit
#terbabas
#terjatuh dalam cerun
#cedera parah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan