awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu maut, lori rempuh belakang treler

Aida Aziz
Aida Aziz
22/08/2022
10:40 MYT
Pemandu maut, lori rempuh belakang treler
Seorang pemandu lori tiga tan maut setelah kenderaan yang dipandunya merempuh bahagian belakang sebuah treler di Kilometer (Km) 302.0 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), arah selatan, di Gopeng, hari ini. - Gambar JBPM Perak
GOPENG: Seorang pemandu lori tiga tan maut setelah kenderaan yang dipandunya merempuh bahagian belakang sebuah treler di Kilometer (Km) 302.0 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), arah selatan, di sini, hari ini.
Mangsa lelaki yang tersepit di bahagian tempat duduk pemandu itu meninggal dunia di lokasi kejadian.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihaknya menerima laporan berhubung insiden itu pada pukul 3.10 petang sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Gopeng bergegas ke lokasi.
Beliau berkata, pemandu treler itu, bagaimanapun, tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Lori yang dipandu mangsa telah melanggar sebuah treler dari arah sama sehingga menyebabkan dia tersepit di ruang tempat pemandu.
"Pemandu lori itu disahkan maut di lokasi kejadian oleh Pegawai Perubatan Hospital.
"Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan menyelamat (hydraulic cutter/spreader).
"Ia bagi mewujudkan ruang kerja bagi mengeluarkan mangsa, seterusnya mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin.
Operasi yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II, Masjuliana Zainudin itu tamat pada pukul 4.06 petang.
Topic Berkaitan
#pemandu maut
#lori rempuh treler
#Lebuhraya Utara Selatan
#lori tiga tan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan