awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tim Cook beli saham Nike bernilai AS$3 juta
ByteDance dijangka belanja AS$14 bilion untuk cip AI NVIDIA H200
Penyelarasan pemeriksaan di KLIA terima reaksi positif, pergerakan penumpang semakin lancar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu maut treler terbabas masuk parit, langgar tembok

Sinar Harian
Sinar Harian
20/01/2022
23:10 MYT
Pemandu maut treler terbabas masuk parit, langgar tembok
Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit selepas treler dipandunya terbabas ke dalam parit dan melanggar tembok bengkel kereta di Jalan Kapar Batu 15 pada Khamis. -Foto Sinar Harian
KUALA SELANGOR: Seorang pemandu treler maut apabila kenderaan dipandunya terbabas ke dalam parit dan melanggar tembok bengkel kereta di Jalan Kapar Batu 15 di sini pada Khamis.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.59 pagi.
Menurutnya, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Pinang dikejarkan ke tempat kejadian.
"Kemalangan membabitkan pemandu treler berusia 50 tahun akibat terbabas ke dalam parit dan melanggar tembok bengkel kereta.
"Akibat kejadian itu, mangsa tersepit di bahagian pemandu dan mengalami kecederaan parah," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Norazam berkata, mangsa berjaya dikeluarkan pasukannya dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pemandu treler maut
#treler terbabas ke dalam parit
#Jalan Kapar Batu 15
#treler langgar tembok bengkel kereta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan