NATIONAL
Pemandu Mercedes tular langgar penunggang motosikal ditahan
KUALA LUMPUR: Pemandu kereta Mercedes-Benz GLE450 AMG Coupe yang tular kerana disyaki melarikan diri selepas melanggar penunggang motosikal di Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE) di sini telah ditahan pada Ahad.
Ringkasan AI
- Pemandu kereta Mercedes-Benz GLE450 AMG Coupe yang melarikan diri selepas melanggar penunggang motosikal di Lebuhraya Setiawangsa-Pantai telah ditahan.
- Penunggang motosikal mengalami kecederaan di kepala, muka, dan perut, manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.
- Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) APJ 1987.
"Kereta itu kemudian berhenti di Kilometer 18.1 Lebuhraya SPE sebelum Plaza Tol Wangsa Maju kerana mengalami kebakaran bermula dari bahagian bonet hadapan," ujarnya.
Beliau berkata, penunggang motosikal itu mengalami kecederaan di kepala, muka dan perut, manakala pemandu kereta pula tidak mengalami sebarang kecederaan
"Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) APJ 1987," katanya.
Mohd Zamzuri berkata, orang ramai dinasihatkan memandu dengan berhati-hati dan berhemah supaya tidak menyebabkan kecederaan kepada pengguna jalan raya lain.
"Sekiranya terlibat di dalam kemalangan adalah menjadi tanggungjawab kepada pengguna jalan raya untuk membuat laporan polis.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat boleh menghubungi Hotline Balai Polis Trafik di talian 03 - 2026 0267/69 dan Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis yang berhampiran," katanya. -Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami