MALAYSIA
Pemandu pacuan empat roda tular himpit kenderaan beri alasan ibu terjatuh

Polis sebelum ini dilapor mengesan pemandu kenderaan pacuan empat roda yang menghimpit dan mengancam pengguna lain di di lebuh raya. - Gambar/ Media sosial
KLANG: Pemandu kenderaan pacuan empat roda yang tular kerana menghimpit dan mengancam pengguna lain di Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara pada Khamis lepas mendakwa terpaksa bertindak sedemikian kerana ingin membantu ibunya yang cedera akibat terjatuh.
Ringkasan AI
- Seorang lelaki berusia 29 tahun yang tular kerana menghimpit dan mengancam pengguna jalan raya di Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara mendakwa bertindak demikian kerana tergesa-gesa mahu membantu ibunya yang cedera akibat terjatuh.
- Suspek hadir ke balai polis bersama peguam dan didapati negatif dadah. Dia dilepaskan dengan jaminan polis dan kes diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
- Insiden tersebut tular melalui rakaman kamera papan pemuka yang menunjukkan kenderaan pacuan empat roda cuba menyelit dalam kesesakan lalu lintas berhampiran pusat beli-belah di Bukit Raja, Klang.
Beliau berkata lelaki itu didapati negatif dadah dan dilepaskan dengan jaminan polis pada 3 pagi tadi.
Kes diklasifikasikan semula mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Semalam, media melaporkan polis sedang mengesan pemandu kenderaan pacuan empat roda yang menghimpit dan mengancam pengguna lain di lebuh raya itu menghala ke Lebuhraya Persekutuan.
Insiden berhampiran sebuah pusat beli-belah di Bukit Raja itu tular menerusi video rakaman kamera papan pemuka yang memaparkan kenderaan tersebut cuba menyelit semasa lalu lintas sesak.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami