awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu rentung dalam nahas dua lori di Lebuhraya PLUS

Sinar Harian
Sinar Harian
26/03/2021
04:06 MYT
Pemandu rentung dalam nahas dua lori di Lebuhraya PLUS
Sebahagian barang dipercayai barangan penghantaran yang dibawa lori 10 tan musnah dalam kemalangan membabitkan sebuah lori tangki muatan cecair Nitrogen. -Foto Sinar Harian
ALOR GAJAH: Seorang pemandu rentung apabila lori dipandunya terbakar dalam kemalangan dengan lori tangki muatan cecair nitrogen di Kilometer 221 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, di sini, pagi Jumaat.
Kemalangan berlaku berhampiran susur masuk ke Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah pada jam 5.35 pagi itu menyebabkan mangsa Mohamad Syazwan Mohd Romli, 29, dari Kampung Keda Telaga Batu Sik, Kedah meninggal dunia di lokasi kejadian.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Soon Wee Kiang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 5.41 pagi sebelum tiga jentera bomba masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah, BBP Ayer Keroh dan BBP Rembau bergegas ke lokasi kejadian.
"Dipercayai kedua-dua kenderaan melibatkan lori tangki muatan cecair nitrogen serta sebuah lori muatan 10 tan berlaku dari Arah Pedas Linggi menghala ke Melaka.
"Pemandu lori tangki bagaimanapun dapat menyelamatkan diri manakala seorang lagi pemandu dilaporkan rentung," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.
Wee Kiang berkata, api berjaya dikawal lebih kurang jam 6.26 pagi sebelum operasi ditamatkan jam.8.23 dan kerja-kerja mengeluarkan mangsa rentung sedang giat dilakukan.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#pemandu lori rentung
#lori tangki
#muatan cecair Nitrogen
#Mohamad Syazwan Mohd Romli
#Soon Wee Kiang
#PLUS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan