NATIONAL
Pemandu rentung Mitsubishi Triton terbabas, terbakar

Seorang lelaki rentung selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas dan terbakar dalam kejadian di Persiaran Hulu Langat pada Sabtu. -Foto Bomba Selangor
SHAH ALAM: Seorang lelaki rentung selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas dan terbakar dalam kejadian di Persiaran Hulu Langat di sini pada Sabtu.
Ringkasan AI
- Seorang lelaki berusia 49 tahun rentung selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas dan terbakar di Persiaran Hulu Langat.
- Kemalangan berlaku kira-kira jam 4.45 pagi, apabila kenderaan Mitsubishi Triton yang dipandu mangsa hilang kawalan dan melanggar pokok.
- Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan saksi bebas diminta membantu siasatan.
“Kemalangan itu mengakibatkan kenderaan tersebut terbakar.
“Mangsa terperangkap di dalam kenderaan dan tidak berjaya dikeluarkan sebelum api marak membakar keseluruhan kenderaan,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Shah Alam dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Tambahnya, mana-mana saksi bebas atau orang awam yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Zaharizul Zamri di talian 019-3229097.
Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam telah dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Kebakaran melibatkan keseluruhan kenderaan,” ujarnya. -Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami