awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
‘Jangan sesekali takut dengan kajian’ - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu teksi dapat kad bantuan RM800, layak terima BR1M

Firdaus Azil
Firdaus Azil
13/04/2018
11:17 MYT
Pemandu teksi dapat kad bantuan RM800, layak terima BR1M
Kerajaan turut memutuskan pemandu e-hailing harus melalui syarat yang sama seperti pemandu teksi
Kira-kira 67,000 pemandu teksi seluruh negara kini boleh menarik nafas lega apabila kerajaan bersetuju menghulurkan bantuan kepada mereka menerusi Kad Bantuan Teksi 1Malaysia, yang dalamnya terkandung nilai RM800.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pengguna teksi bukan sahaja boleh menggunakan kad itu untuk mengisi minyak dan NGV di mana-mana stesyen minyak Petronas, mereka juga akan menerima perlindungan insurans kemalangan peribadi bernilai RM50,000 serta kemudahan lain di bawah Program Kesetiaan Mesra Petronas.
““Saya sedar, bahawa pendapatan khususnya pendapatan anda sedikit sebanyak terjejas dengan wujudnya perkhidmatan e-hailing di dalam negara kita.Satu perkhidmatan yang dituntut oleh rakyat tetapi kita perlu melakukan sesuatu melalui intervensi kerajaan supaya periuk nasi tuan dan puan tidak terjejas,” katanya di hadapan kira-kira 10,000 pemandu sewaktu Majlis Penyampaian Kad Bantuan Teksi 1Malaysia di MAEPS, Serdang di sini hari ini.
Dalam ucapannya, Najib berkata, pemandu teksi yang berdaftar juga, boleh mendaftar untuk Bantuan Rakyat 1Malaysia, dan kelulusan akan diberikan secara automatik.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat bagi memastikan golongan pemandu teksi diberi pembelaan sepenuhnya serta memastikan pendapatan mereka tidak terjejas dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.
Selain itu, bagi memastikan persaingan adil antara golongan pemandu teksi dan penyedia perkhidmatan e-hailing, Perdana Menteri berkata, Jemaah Kabinet pada 6 April lepas memutuskan bahawa pemandu e-hailing harus melalui syarat-syarat yang sama seperti pemandu teksi.
“Kita amat memahami kegusaran pemandu teksi yang berdepan dengan persaingan tidak adil, memang dalam apa jua bentuk perniagaan perlu ada persaingan, tapi persaingan perlu sihat dan adil,” katanya lagi.
Mengikut keputusan kabinet yang telah digazetkan itu, pemandu e-hailing harus menjalani pemeriksaan kesihatan dan kenderaan secara berkala, serta memastikan mereka bebas daripada sebarang rekod jenayah dan trafik.
Topic Berkaitan
#jenayah
#kabinet
#kerajaan
#menteri
#minyak
#Najib Razak
#Perdana Menteri
#Petronas
#rakyat
#teksi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan