awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu teksi dialu-alukan sertai Grab

Bernama
Bernama
11/07/2017
11:53 MYT
Pemandu teksi dialu-alukan sertai Grab
Grab, yang dulu dikenali sebagai MyTeksi, diwujudkan untuk membantu pemandu teksi meningkatkan lagi industri pengangkutan awam di Malaysia.
Penyedia perkhidmatan pengangkutan e-panggilan, Grab, tidak pernah berniat menutup 'periuk nasi' mana-mana penyedia perkhidmatan pengangkutan awam malah sentiasa memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk menyertai syarikat tersebut termasuk pemandu teksi.
Pengarah Komunikasi Grab (Malaysia) Regina Arumugam berkata Grab, yang dulu dikenali sebagai MyTeksi, diwujudkan untuk membantu pemandu teksi meningkatkan lagi industri pengangkutan awam di Malaysia.
"Apa yang Grab lakukan sebenarnya hanyalah menghubungkan tawaran dan permintaan dalam sebuah aplikasi. Jika dahulunya pemandu teksi perlu membazir masa menunggu penumpang atau mencari penumpang tetapi dengan adanya aplikasi ini mereka boleh mencari penumpang berdekatan mereka tanpa menunggu.
"Jadi di situ mereka (pemandu teksi) telah jimat dalam dua perkara iaitu masa dan minyak kereta . Oleh itu, kami senantiasa mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk menyertai kami," katanya ketika ditemui pada Majlis Ramah Mesra Grab Bersama Media di sini, hari ini.
Menurutnya lagi, penumpang Grab yang kerap menggunakan perkhidmatan tersebut turut akan diberikan ganjaran.
Dalam pada itu, Regina berkata syarikat itu akan melancarkan pelbagai langkah keselamatan seperti butang SOS dan juga mempertimbangkan langkah bagi membekalkan pemandu wanita Grab dengan sistem kamera litar tertutup.
"Ini merupakan antara ciri-ciri penambahbaikan sistem keselamatan yang kita sedang kaji. Kita jangka perkara ini akan dilancarkan secara berfasa sebelum akhir tahun ini," katanya.
Grab kini ditawarkan di 25 bandar di Malaysia and mempunyai lebih 1.1 juta pemandu di tujuh negara iaitu Myanmar, Thailand, Vietnam, Singapura, Indonesia, Filipina dan Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#grab
#myteksi
#pemandu teksi
#Regina Arumugam
#teksi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan