awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hujan lebat di California ragut tiga nyawa
21 buah rumah terkesan banjir kilat di Simpang Pulai
‘Picasso’ bola sepak, John Robertson meninggal dunia pada usia 72 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu teksi maut dilanggar SUV

Sinar Harian
Sinar Harian
21/04/2025
23:30 MYT
Pemandu teksi maut dilanggar SUV
Keadaan teksi dan Toyota Harrier yang terlibat dalam kemalangan di KM151 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan dekat Sungai Kepong, Lanchang pada Isnin. - Foto ihsan PDRM/Sinar Harian
TEMERLOH: Seorang warga emas maut selepas teksi yang dipandunya berlanggar dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Kilometer (KM)151 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan dekat Sungai Kepong, Lanchang di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1.55 tengah hari, mangsa berusia 72 tahun itu disahkan meninggal dunia pada 3.30 petang ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS).
Menurutnya, kemalangan membabitkan teksi jenis Nissan yang dipandu mangsa dan Toyota Harrier.
"Siasatan awal mendapati, teksi yang dipandu mangsa dari arah Mentakab menghala ke arah Lanchang.
"Apabila tiba di tempat kejadian, tiba- tiba Toyota Harrier dari arah bertentangan telah hilang kawalan lalu masuk ke laluan teksi dan berlaku perlanggaran," katanya dalam kenyataan semalam.
Mazlan berkata, kemalangan itu menyebabkan kedua-dua mangsa mengalami kecederaan dan dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.
"Pemandu teksi disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan manakala pemandu Toyota Harrier, lelaki berusia 67 tahun masih menerima rawatan di HoSHAS," katanya.
Tambahnya, siasatan lanjut diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pemandu teksi maut
#warga emas maut
#Jalan Kuala Lumpur-Kuantan
#temerloh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan