awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu teksi maut dipercayai ditikam penumpang

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
11/08/2023
12:13 MYT
Pemandu teksi maut dipercayai ditikam penumpang
Mazli berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 10.56 malam, sebelum sepasukan anggota bergegas ke tempat kejadian. - Gambar screengrab video viral
KUALA TERENGGANU: Seorang pemandu teksi ditemukan mati dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan tikaman di dalam keretanya berhampiran sebuah klinik kesihatan di Kampung Seberang Takir, di sini, pada Jumaat.
Lelaki berusia 51 tahun itu ditemukan di tempat duduk belakang kereta tersebut dengan beberapa kesan tikaman di leher.
Berdasarkan maklumat orang ramai, teksi tersebut ditahan penduduk setempat selepas dipandu di arah bertentangan dan melanggar sebuah kenderaan.
Malah lelaki yang memandu kenderaan itu juag dikatakan mengaku membunuh mangsa.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 10.56 malam, sebelum sepasukan anggota bergegas ke tempat kejadian.
"Apabila tiba di lokasi, terdapat dua lelaki dalam kenderaan itu dengan mangsa berada di tenpat duduk belakang sementara seorang lagi di tempat duduk pemandu dipercayai suspek.
"Kita menahan lelaki berusia 29 tahun itu dan motif kejadian masih lagi dalam siasatan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini, pada Jumaat.
Mazli menambah, pemeriksaan lanjut, polis turut menjumpai sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.
Kes itu katanya, disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Beliau memberitahu, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat.
Topic Berkaitan
#Seksyen 302 Kanun Keseksaan
#pemandu teksi dibunuh
#ditahan polis
#Polis Diraja Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan