awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu treler bawa dokumen keselamatan maut, polis pengiring cedera

Sinar Harian
Sinar Harian
19/05/2022
13:22 MYT
Pemandu treler bawa dokumen keselamatan maut, polis pengiring cedera
Treler yang dipandu lelaki berumur 47 tahun itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas. - Gambar/ Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut apabila treler yang dipandunya terbabas serta merempuh pembahagi jalan manakala anggota polis trafik yang mengiringi treler berkenaan cedera dalam kemalangan di selekoh Jalan Duta di sini pada Khamis.
Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik(JSPT) Kuala Lumpur Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, treler tersebut membawa muatan dokumen keselamatan Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) datang dari arah pusat bandar menghala ke Plaza Tol, Jalan Duta.
"Dalam kejadian kira-kira jam 10.20 pagi itu, treler yang dipandu mangsa berumur 47 tahun itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas.
"Akibat daripada itu, treler berkenaan kemudiannya merempuh tembok batu pembahagi jalan lalu terbalik," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Katanya, mangsa disahkan maut di lokasi kejadian.
"Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur.
"Anggota polis yang cedera semasa menjalani tugas mengiring treler tersebut turut dibawa ke hospital sama bagi menerima rawatan lanjut," katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Artikel asal di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#pemandu treler maut
#polis pengiring cedera
#treler bawa dokumen keselamatan
#Percetakan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan