awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu treler maut kemalangan babit lima kenderaan dekat Nilai

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
11/11/2022
08:24 MYT
Pemandu treler maut kemalangan babit lima kenderaan dekat Nilai
Dalam kejadian kira-kira pukul 11.35 pagi itu, empat lagi mangsa turut cedera manakala lima lagi individu lain yang terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan. - Foto JBPM
NILAI: Seorang pemandu treler maut dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 280, Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, pagi tadi. 
 Dalam kejadian kira-kira pukul 11.35 pagi itu, empat lagi mangsa turut cedera manakala lima lagi individu lain yang terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan. 
 Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan dalam kenyataan berkata, sepasukan pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 11.43 pagi. 

“Lima buah kenderaan iaitu dua buah lori treler, dua buah kereta jenis Mitsubishi XPander dan sebuah BMW serta sebuah motosikal terlibat dalam kemalangan itu. 
 “Seramai 10 mangsa terlibat yang mana seorang lelaki berusia 43 tahun yang juga pemandu lori treler maut di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini. 
 Dalam pada itu menurut kenyataan berkenaan, kesemua mangsa yang maut dan cedera telah dibawa ke hospital menaiki ambulan dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) JBPM. 
 Nahas yang mengakibatkan treler melintang di atas lebuhr aya itu turut mengakibatkan kesesakan lebih lima kilometer menuju ke arah selatan.
Topic Berkaitan
#pemandu treler maut
#lori terbalik di Nilai
#nahas lima kenderaan
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan