awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dikejar lebih sejam, dua lelaki curi kabel telekomunikasi ditahan
Rumah ibadat atas tapak tidak sah: Penguatkuasaan perlu konsisten, adil - ABIM
KPDN teliti pindaan perundangan, tutup ruang manipulasi pembelian RON95 bersubsidi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu treler maut, nahas lima kenderaan di PLUS arah utara

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
15/08/2024
02:15 MYT
Pemandu treler maut, nahas lima kenderaan di PLUS arah utara
Seorang pemandu treler maut dalam nahas yang membabitkan lima kenderaan di KM301.1, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), arah utara, dekat Gopeng, awal pagi ini. - Gambar JBPM Perak
GOPENG: Seorang pemandu treler maut dalam nahas yang membabitkan lima kenderaan di KM301.1, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), arah utara, dekat sini, awal pagi ini.
Mangsa, seorang lelaki berusia 30 tahun yang tersepit disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pihak perubatan.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu jam 2.37 pagi.
Menurutnya, sebaik menerima panggilan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tapah ke lokasi kejadian.
Katanya, kemalangan melibatkan lima buah kenderaan termasuk tiga buah treler, sebuah lori satu tan dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire.
“Terdapat seorang mangsa lelaki berumur 30-an tersepit pada bahagian pemandu sebuah lori treler yang melanggar bahagian belakang sebuah lori treler lain.
“Tiga orang mangsa lain mengalami kecederaan ringan pada kenderaan Toyota Velfire setelah dilanggar dari belakang oleh lori satu tan yang membawa muatan telur,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, ketua operasi melaksanakan size-up, seterusnya mengaplikasikan konsep SAVER dan mengarahkan anggota melakukan kerja-kerja penyelamatan menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Menurutnya, mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan dan disahkan maut oleh pihak perubatan, manakala mangsa yang cedera telah diserahkan kepada pihak perubatan KKM untuk tindakan lanjut.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan I (TBK) Zulkafli Hamad tamat sepenuhnya pada jam 5.14 pagi.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#pemandu treler maut
#nahas lima kenderaan
#PLUS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan