Pemandu van Thailand didakwa sebabkan kematian penunggang motosikal wanita

Tiada pengakuan direkodkan hari ini kerana tertuduh tidak memahami sepenuhnya pertuduhan yang dibacakan terhadapnya. - Gambar/ Sinar Harian
JITRA: Seorang pemandu van warga Thailand dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal wanita, Khamis lepas.
Ringkasan AI
- Pemandu van warga Thailand didakwa di Mahkamah Majistret atas tuduhan memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian seorang wanita penunggang motosikal.
- Peristiwa kemalangan berlaku di persimpangan lampu isyarat RTC Napoh, Jalan Alor Setar-Bukit Kayu Hitam pada 15 Januari lalu.
- Tertuduh tidak mengaku kesalahan dan mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 8 Februari untuk khidmat jurubahasa Thai.
Dia didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun dan denda maksimum RM50,000 jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurul Asyiqin Hedzir manakala tertuduh belum melantik peguam.
Tiada jaminan ditawarkan memandangkan tiada pengakuan direkodkan dan mahkamah menetapkan 8 Feb depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi mendapatkan khidmat jurubahasa Thai.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


