awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemangku Raja Pahang titah masjid, surau adakan solat hajat buat rakyat Palestin

Bernama
Bernama
16/05/2021
21:40 MYT
Pemangku Raja Pahang titah masjid, surau adakan solat hajat buat rakyat Palestin
Baginda menitahkan supaya solat sunat dan doa selamat itu diadakan pada Isnin, selepas selesai solat Maghrib. - Bernama
KUANTAN: Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan semua masjid dan surau di negeri ini mengadakan solat sunat hajat dan doa selamat memohon Allah S.W.T melindungi serta memberi kesejahteraan kepada rakyat Palestin.
Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman menerusi kenyataan di sini berkata, baginda menitahkan supaya solat sunat dan doa selamat itu diadakan pada Isnin, selepas selesai solat Maghrib.
"Baginda juga menyeru pelaksanaan solat hajat dan doa selamat diadakan di kediaman masing-masing bagi rakyat yang tidak berkesempatan ke masjid atau surau ekoran had jemaah yang terhad dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama juga diseru untuk bersama-sama mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin.
"Baginda juga menzahirkan harapan supaya isu pencerobohan dan peperangan ini dapat dihentikan segera," katanya.
Ahmad Khirrizal berkata Tengku Hassanal turut menzahirkan rasa kesal dengan tindakan rejim Zionis Israel yang melakukan pencerobohan dan menyerang Masjid Al-Aqsa serta Semenanjung Gaza sehingga mengorbankan dan mencederakan ratusan rakyat Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Palestin
#Masjid Al-Aqsa
#Israel
#Gaza
#Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah
#solat hajat
#Sultan Pahang
#rejim Zionis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan