Skip to main content

Malaysia

Pemangku Sultan Johor, Onn Hafiz zahir ucapan tahniah keputeraan rasmi Agong

Sambutan Ulag Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor
Tunku Mahkota Ismail merafak sembah merakamkan ucapan dan doa bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini. - Foto Facebook/HRH Crown Prince of Johor

JOHOR BAHRU: Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail merafak sembah merakamkan ucapan dan doa bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini.

“Allah peliharakan Sultan,” titahnya ringkas dalam ucapan kepada paduka ayahanda Sultan Ibrahim yang dimuat naik di laman Facebook HRH Crown Prince of Johor hari ini.

Advertisement

Turut merafak sembah serta merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan doa ialah Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.

“Daulat Tuanku! Mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim, Sultan Yang Dipertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim.

"Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada baginda sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor pada 23 Mac 2026 Bersamaan 3 Syawal 1447 Hijrah.

"Dengan segala hormat dan takzimnya yang berdatang sembah patik dan seluruh Bangsa Johor, Allah Peliharakan Sultan Allah Berkati Johor," katanya menerusi hantaran di Facebook. 

--BERNAMA

 

 

Must Watch Video