KUANTAN: Pemantauan secara mengejut akan dilakukan pada bila-bila masa oleh pasukan pemantau bagi memastikan surau dan masjid di Pahang mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan ketika solat sunat Hari Raya Aidilfitri.
Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Datuk Dr Zul-kifle Ali berkata kegagalan mematuhi SOP termasuk jumlah jemaah melebihi kapasiti dan aktiviti seperti berkumpul sebelum waktu boleh menyebabkan kebenaran menunaikan solat itu dibatalkan.
Katanya tindakan juga dikenakan terhadap mana-mana surau atau masjid serta jemaah yang didapati gagal mematuhi SOP yang ditetapkan sehingga boleh menyebabkan berlakunya penularan disebabkan aktiviti sempena Hari Raya Aidilfitri.
"Pihak surau dan masjid perlu mematuhi pekeliling dan arahan dari semasa ke semasa yang dikeluarkan oleh pihak JAIP dan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Menurutnya, takbir pula hanya dibenarkan pada malam raya di surau dan masjid sehingga pukul 10 malam sahaja, manakala pada pagi raya sebelum solat sunat Hari Raya Aidilfitri bermula 7.30 pagi.
Pada masa yang sama, katanya setiap jemaah hanya dibenarkan solat sunat Hari Raya Aidilfitri di kawasan kariah masing-masing dengan kehadiran jemaah ditentukan secara jemputan oleh pihak pentadbiran masjid dan surau.
"Jumlah jemaah adalah dihadkan seramai 50 orang sahaja di masjid, manakala 20 orang di surau dengan jemaah berumur 12 tahun ke bawah dan warga emas 75 tahun ke atas tidak dibenarkan hadir. Solat sunat itu perlu diselesaikan pada 9.30 pagi," katanya.
Zulkifle berkata imam dan khatib luar dari Pahang sama sekali tidak dibenarkan, begitu juga dengan jamuan selepas solat.
Bagi solat sunat Hari Raya Aidilfitri di rumah pula dibenarkan dalam kalangan seisi rumah sahaja, dan imam serta khatib bukan ahli keluarga tidak dibenarkan.
"Teks khutbah boleh dimuat turun melalui laman sesawang www.mufti.pahang.gov.my," katanya.
Selain itu, takbir raya dari rumah ke rumah, ziarah Hari Raya Aidilfitri dan kubur juga tidak dibenarkan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 11 2021
Zulkifle berkata imam dan khatib luar dari Pahang sama sekali tidak dibenarkan, begitu juga dengan jamuan selepas solat. - Foto Sinar Harian
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kementerian Pengangkutan arah JPJ lihat peraturan, SOP berkaitan EV
Kementerian Pengangkutan mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk melihat semula prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan berkaitan kenderaan elektrik (EV) bagi memastikan sektor itu da
Segelintir peniaga, pengunjung bazar Ramadan di Perak langgar SOP
Terdapat segelintir peniaga dan pengunjung di bazar Ramadan di Perak tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan seperti tidak memakai pelitup muka dengan betul serta tidak me
SOP baharu solat di masjid dan surau di P. Pinang
Pulau Pinang akan mengambil kira langkah menangani COVID-19 selaras dengan Fasa Peralihan Endemik, dalam menentukan SOP baharu solat jemaah.
PRN Johor: Ceramah dan kempen secara fizikal, ziarah rumah ke rumah dibenarkan - SPR
Penganjuran ceramah, syarahan dan kempen secara fizikal dan ziarah rumah ke rumah dibenarkan sepanjang 14 hari tempoh berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
PRN Johor masih boleh diteruskan biarpun kes COVID-19 meningkat - Penganalisis
Prof Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata SOP yang ketat boleh membantu mengekang penularan COVID-19 ketika tempoh kempen PRN Johor.
60 pengunjung pusat hiburan dikompaun langgar SOP PPN
Ketika polis memasuki premis terbabit, pengunjung didapati sedang leka berhibur dengan muzik dipasang terlalu kuat.
Wajibkan individu langgar SOP buat khidmat masyarakat - Gerakan
Parti Gerakan mencadangkan agar individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 diwajibkan menjalani khidmat masyarakat di tempat seperti Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
Langgar SOP: Polis akan panggil beberapa lagi calon dan penyokong bantu siasatan
Polis akan memanggil beberapa lagi orang calon dan penyokong parti politik membantu siasatan berhubung dakwaan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) ketika hari penamaan calon, Isnin lepas.
Piala Malaysia: Peka SOP, bendung penularan COVID-19 - Faizal Azumu
Ahmad Faizal mahu pegawai dan pemain yang terlibat dalam kempen Piala Malaysia 2021 supaya lebih peka dengan prosedur operasi standard (SOP).
Operasi sekolah bersemuka dilaksana dengan baik, teratur ikut SOP - Radzi
Pengoperasian sekolah menerusi pembelajaran dan pengajaran (PdP) secara bersemuka ketika ini dapat dilaksanakan dengan baik dan teratur, mengikut garis panduan dan SOP yang ditetapkan.