awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembaharuan pas My50 ditangguh hingga 31 Jan bagi penambahbaikan sistem

Bernama
Bernama
17/12/2024
09:52 MYT
Pembaharuan pas My50 ditangguh hingga 31 Jan bagi penambahbaikan sistem
Pembaharuan pas My50 akan ditangguhkan sementara dari 23 Disember hingga 31 Januari di semua kaunter khidmat pelanggan rel, sistem Bas Rapid Transit (BRT), dan hab bas Rapid KL. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Proses pembaharuan pas My50 akan ditangguh sementara waktu bermula 23 Dis ini hingga 31 Jan depan di semua kaunter khidmat pelanggan rel, sistem Bas Rapid Transit (BRT) dan hab bas Rapid KL.

Ringkasan AI
  • Pembaharuan pas My50 akan ditangguhkan sementara dari 23 Disember hingga 31 Januari di semua kaunter khidmat pelanggan rel, sistem Bas Rapid Transit (BRT), dan hab bas Rapid KL.
  • Penangguhan ini bertujuan untuk penambahbaikan sistem penjualan pas My50 bagi menampung jumlah pengguna yang semakin meningkat. Namun, pembelian pas My50 baharu masih boleh dilakukan seperti biasa.
  • Pengguna yang masih mempunyai baki hari dalam pas My50 sedia ada perlu menghabiskan baki hari tersebut sebelum membuat pembelian pas baharu.
  • Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh menghubungi talian khidmat pelanggan Rapid KL atau merujuk laman media sosial Rapid KL.

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) selaku pengendali perkhidmatan Rapid KL dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa penangguhan sementara itu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja penambahbaikan sistem penjualan pas My50.
"Penangguhan sementara itu bagi meningkatkan keupayaan sistem untuk menampung jumlah pengguna pas My50 yang semakin bertambah, bagaimanapun pembelian pas My50 yang baharu masih boleh dilakukan seperti biasa di semua kaunter berkenaan.
"Bagi pengguna yang masih mempunyai baki hari dalam pas My50 sedia ada, mereka perlu menghabiskan baki hari itu terlebih dahulu sehingga pas tamat tempoh dan membuat pembelian pas baharu selepas itu," menurut kenyataan berkenaan.
Prasarana turut menzahirkan penghargaan atas kerjasama dan sokongan berterusan daripada semua pengguna sepanjang tempoh itu dan berterima kasih atas kesabaran serta kefahaman yang diberikan.
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, pengguna boleh menghubungi talian khidmat pelanggan Rapid KL 03-7885 2585 atau merujuk kepada laman media sosial Rapid KL untuk maklumat terkini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rapid KL
#My50
#Pembaharuan pas
#Bas Rapid Transit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan