awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Starmer mohon maaf kepada mangsa Epstein, akui percaya "pembohongan" Mandelson
Bandar Jepun batalkan festival sakura susulan tingkah laku pelancong tidak beradab
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina Bernama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembakaran terbuka tiada noktah punca jerebu buruk

Bernama
Bernama
03/08/2019
00:25 MYT
Pembakaran terbuka tiada noktah punca jerebu buruk
Bandar Kuantan kelihatan berkabus dan IPU mencatatkan tahap sederhana di bawah IPU90 ketika tinjauan, 2 Ogos, 2019. --fotoBERNAMA
Pembakaran terbuka di sekitar Lembah Klang terutama di kawasan pembinaan dan perbuatan masyarakat yang membakar sampah dan membuang puntung rokok sesuka hati memburukkan keadaan jerebu.
"Saya sendiri telah membuat laporan mengenai pembakaran terbuka di Pandan Jaya namun masalah tersebut masih belum selesai," kata anggota Pemegang Amanah Yayasan Perpaduan Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye.
Katanya, susulan masalah jerebu yang kini melanda negara perlu ditangani secara komprehensif oleh semua pihak termasuk meningkatkan kerjasama dengan negara jiran bagi mengurangkan jumlah "hotspots" yang disebabkan oleh kebakaran hutan dan pembakaran terbuka.
Selain itu, beliau berkata pihak berkuasa terutamanya Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) perlu tingkatkan aspek pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang bagi memastikan tiada pembakaran terbuka berlaku.
"Seperti kes-kes sebelum ini, kerajaan Malaysia seharusnya menghantar para petugas dan menyediakan aset yang boleh digunakan untuk memadam kebakaran hutan termasuk pesawat yang boleh melepaskan bom air dan melakukan pembenihan awan," katanya.
Lee juga berkata, bomba mempunyai pengalaman luas dalam menangani kebakaran hutan terutamanya di kawasan hutan bakau di Pahang dan Johor yang menjadi kering dan mudah terbakar pada musim panas.
Selain bomba, Angkatan Tentera Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) juga mempunyai aset yang sesuai untuk membantu memadam kebakaran hutan terutamanya di kawasan pedalaman.
Tambahnya, syarikat perladangan Malaysia juga perlu memastikan tidak ada pekerja mereka terlibat dalam pembakaran terbuka di dalam dan luar negara manakala semua pihak perlu menghentikan pembakaran terbuka kerana ia boleh memburukkan keadaan jerebu.
"Orang ramai yang melihat sebarang kebakaran atau pembakaran terbuka seharusnya menghubungi pihak berkuasa terutamanya JBPM dan Jabatan Alam Sekitar," katanya.
Pada Khamis, jerebu dilaporkan melanda negara susulan kebakaran hutan di enam wilayah di Indonesia melibatkan Riau, Sumatera Selatan, Jambi, Kalimantan Barat, Kalimantan Tengah dan Kalimantan Selatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bakar sampah
#bom air
#bomba
#hotspot
#hutan bakau
#Indonesia
#jerebu
#Johor
#kawasan pembinaan
#kebakaran
#kebakaran hutan
#Lee Lam Thye
#Lembah Klang
#Pahang
#pembakaran terbuka
#pembenihan awan
#pesawat
#puntung rokok
#Riau
#Sumatera
#syarikat perladangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan