KOTA BHARU: Tiada keperluan untuk menghentikan pembalakan di Kelantan kerana aktiviti itu dilaksanakan mengikut lunas undang-undang dan kuota yang dibenarkan di negeri ini, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Beliau berkata aktiviti itu tidak dilakukan sewenang-wenangnya, sebaliknya ia mengikut terma dan syarat di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 dan kuota yang dibenarkan oleh Majlis Perhutanan Negara.
"Sebagai contoh, setakat tahun ini kita hanya dibenarkan (menjalankan pembalakan) di kawasan seluas 3,000 hektar sahaja, tidak boleh lebih. Kalau lebih, kita akan dikenakan tindakan oleh Majlis Perhutanan Negara," katanya.
"Semua ini (had pembalakan) bukan negeri yang tentukan tapi Majlis Perhutanan Negara, kita hanya ikut," katanya kepada pemberita selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2022 Menteri Besar Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kewujudan petisyen "Henti Pembalakan Dan Kemusnahan Alam Sekarang!" yang digerakkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bersama Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka) yang telah mengumpulkan kira-kira 200,000 tanda tangan.
Petisyen itu bertujuan menggesa kerajaan negeri untuk mengenakan moratorium atau pemberhentian segera terhadap sebarang aktiviti pembalakan buat masa ini susulan banjir besar yang sering berlaku sejak kebelakangan ini.
Mohd Amar berkata kegiatan pembalakan di negeri ini bukanlah penyumbang utama kepada musibah banjir yang menjadi fenomena hampir setiap tahun, memandangkan ia telah dijalankan mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan.
Menurutnya setiap tahun bermula Oktober hingga Disember tiada penebangan pokok yang dibenarkan kerana ia musim tengkujuh.
"Yang keluar (balak) dalam musim tengkujuh (ketika banjir) itu mungkin yang ditebang sebelum tempoh berkenan dan disimpan di Beta (kawasan simpanan balak)," katanya.
Justeru beliau meminta orang ramai agar tidak hanya menyalahkan pembalakan sebagai punca banjir kerana pelbagai faktor lain juga perlu diambil kira.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 06 2022
Petisyen itu bertujuan menggesa kerajaan negeri untuk mengenakan moratorium atau pemberhentian segera terhadap sebarang aktiviti pembalakan buat masa ini susulan banjir besar yang sering berlaku sejak kebelakangan ini. - Gambar fail
ADUN Sungai Bakap ditidurkan akibat keradangan perut
Muhammad Fauzi dimaklumkan oleh ahli keluarga Nor Zamri berhubung keadaan kesihatan beliau yang ketika ini ditidurkan.
NCEC setuju transformasi perundangan sisa pepejal diadakan - KPKT
Mesyuarat NCEC bersetuju mengadakan transformasi perundangan bagi sisa pepejal.
AirAsia yakin mampu harungi pergerakan mata wang tidak menggalakkan, kenaikan harga bahan api
AirAsia yakin mampu tangani kenaikan harga bahan api dan pergerakan mata wang tidak menggalakkan yang berpanjangan, yang terus meningkatkan cabaran global.
JPN pergiat masuk pedalaman kampung Orang Asli, daftar sijil kelahiran, MyKad
JPN mempergiatkan inisiatif memasuki kawasan pedalaman Orang Asli bagi mengurangkan kelewatan daftar kelahiran dan MyKad komuniti itu.
Semakan gaji penjawat awam adalah wajar untuk hadapi inflasi - Ahli ekonomi
Semakan gaji penjawat awam adalah munasabah, sudah lama tertunggak dan wajar untuk menghadapi inflasi, kata seorang ahli ekonomi.
Isu terpalit FAM tak jejas Harimau Malaya - Faisal
Faisal sifatkan barisan pemain skuad kebangsaan tidak terjejas dengan isu yang terpalit Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) baru-baru ini.
Kenaikan gaji: Tingkat produktiviti, kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat - KPPA
Semua anggota perkhidmatan awam perlu meningkatkan produktiviti dan kecekapan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat seiring pengumuman kenaikan gaji.
Johor bakal anjur acara sukan bertaraf antarabangsa
Kerajaan Johor akan menganjurkan beberapa acara bertaraf antarabangsa tahun ini dalam menjadikan negeri itu sebagai destinasi pelancongan sukan.
Turkiye sertai Afrika Selatan tuduh Israel di ICJ
Turkiye akan menyerahkan pengisytiharan campur tangan rasmi kepada ICJ dengan objektif membantu mempercepatkan tindakan ke atas Israel.
Asmaa berjalan kaki berjam lamanya demi roti
Situasi di Gaza jauh berbeza dengan tempat-tempat lain. Bangunan musnah, ditambah ketiadaan sumber asas - tempat tinggal, bekalan air serta makanan...pastinya terlintas di fikiran bagaimana kehidupan seharian mereka di saat nyawa sentiasa menjadi ancaman. Menyelami kehidupan masyarakat Palestin di Gaza, ada yang terpaksa berjalan berjam-jam lamanya ke satu tempat untuk mendapatkan alas perut buat keluarga.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
Hubungan Pas, Bersatu tidak terjejas
Mohd Amar akui hubungan kedua-dua parti masih seperti biasa dan apa yang terjadi bukan masalah parti sebaliknya individu itu sendiri.
PRK: Pas sedia tanding kerusi Jeli, Gua Musang
Difahamkan tindakan itu susulan Bersatu membuat pindaan perlembagaan parti itu pada Sabtu.
DUN Kelantan tidak terima makluman sokongan ADUN Nenggiri - Speaker
DUN Kelantan masih belum menerima sebarang pemakluman daripada ADUN Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim sama ada beliau masih kekal menyokong kerajaan negeri atau sebaliknya.
Pas-PN yakin mentadbir negara selepas PRU16
Pas menerusi gabungan Perikatan Nasional (PN) yakin dapat mentadbir negara selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) berdasar realiti perkembangan politik ketika ini.
45 ADUN Kelantan angkat sumpah jawatan hari ini
45 Ahli Adun Kelantan mengangkat sumpah jawatan pada Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri Kelantan Yang Ke-15 hari ini.
Pas tawar kombinasi agamawan, teknokrat sebagai MB, Timbalan MB Kelantan
Gabungan kepimpinan itu merangkumi seorang tokoh agamawan dan seorang tokoh teknokrat tertakluk kepada mandat rakyat dan perkenan Sultan Kelantan.
PRN: Mohd Amar nafi dakwaan gugur nama Nik Abduh sebagai calon
Timbalan Menteri Besar Kelantan sifatkan dakwaan adik Allahyarham Nik Aziz Nik Mat iaitu Nik Din sebagai fitnah.
PRN Kelantan: 23 calon PN muka baharu
Daripada 45 calon yang disenaraikan, 23 merupakan muka baharu termasuk calon muda daripada golongan profesional dan ahli korporat.
Senarai palsu nama calon Pas tak jejas jentera PRN - Mohd Amar
Penyebaran senarai nama calon Pas Kelantan yang palsu tidak menjejaskan gerak kerja jentera parti itu untuk pilihan raya negeri (PRN) bulan depan.