SHAH ALAM: Sepuluh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada kalangan barisan pembangkang Selangor dipilih bagi menganggotai Jawatankuasa Portfolio 2023 yang ditubuhkan Perikatan Nasional (PN) bagi mewujudkan semak imbang yang lebih berkesan dengan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).
Ketua Pembangkang yang baharu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata peranan 10 ADUN PN dalam portfolio itu bertujuan memastikan perbincangan dan perbahasan semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor lebih berfokus kepada isu-isu yang dapat membantu rakyat.
"Kewujudan 10 portfolio ini akan dibantu oleh tiga ahli jawatankuasa lain yang akan dianggotai oleh ADUN PN lain berdasarkan pengalaman dan latar belakang masing-masing," kata Mohamed Azmin yang juga ADUN Hulu Kelang pada sidang media selepas mesyuarat pertama penggal pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15 di Dewan Negeri Selangor, hari ini.
Sepuluh portfolio berkenaan ialah Kewangan, Ekonomi, Tanah dan Sumber Alam (Mohamed Azmin); Pendidikan dan Sumber Manusia (ADUN Paya Jaras Datuk Dr Halim Tamuri); Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Infrastruktur (ADUN Dengkil Datuk Seri Jamil Salleh); Kesihatan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (ADUN Taman Medan Dr Afif Bahardin) serta Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Industri Digital (ADUN Batang Kali Muhammad Muhaimin Harith Abdullah Sani).
Bagi portfolio Generasi Muda dan Sukan pula diketuai oleh ADUN Gombak Setia Muhammad Hilman Idham; Agama Islam dan Pembangunan Desa (ADUN Semenyih Nushi Mahfodz); Wanita, Keluarga, Kebajikan dan Perpaduan (ADUN Permatang Nurul Syazwani Noh), Pertanian dan Industri Agromakanan (ADUN Sabak Sallehen Mukhyi) dan Pelancongan dan Kebudayaan Warisan Melayu (ADUN Bukit Melawati Datuk Noorazley Yahya).
Mohamed Azmin berkata barisan ADUN pembangkang akan dibantu oleh satu sekretariat khas yang ditubuhkan untuk membantu mereka mendapatkan bahan rujukan daripada beberapa sumber bagi melancarkan proses perbahasan pada sidang DUN nanti.
Pilihan Raya Negeri Selangor pada 12 Ogos lepas menyaksikan gabungan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) memenangi 34 kerusi manakala PN memperoleh 22 kerusi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 19 2023

Mohamed Azmin (depan, tengah) mengadakan sidang akhbar pada Mesyuarat Pertama (Angkat Sumpah) Persidangan Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Ke-15 di Dewan Negeri Selangor, Bangunan SUK pada Isnin. -Gambar fail/Bernama

Mayat lelaki dipercayai pelancong India ditemukan dalam sungai - Polis
Satu mayat lelaki dipercayai pelancong India yang hilang ketika mendaki Gunung Jasar, Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang ditemukan di dalam sungai di kawasan sempadan Perak-Pahang hari ini.
Rakyat Maldives tunai tanggungjawab pilih Presiden
283,000 pengundi di Maldives pada Sabtu menunaikan tanggungjawab masing-masing untuk memilih Presiden, lapor Agensi Berita Jerman. Pemilihan Presiden itu menyaksikan pertembungan antara calon pro-India dan pro-China.
Robert Kennedy Jr sertai Pemilihan Presiden AS 2024
Calon Presiden Amerika Syarikat, Robert F. Kennedy Jr akan mengumumkan untuk bertanding sebagai calon bebas.
Suspek kedua tebang pokok ikonik Sycamore di UK ditahan
Seorang lagi ditahan kerana disyaki menebang pokok Sycamore Gap berusia 300 tahun di utara England.
"Saya ada rasa tak sedap hati..." - Rakan mangsa
Perasaan tidak sedap hati seorang wanita berakhir dengan perkhabaran sahabat baiknya maut ditikam suami di rumahnya di Jalan Padang Nyu, Arau pada Sabtu.
Sultan Nazrin berkenan sempurnakan perasmian
Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan mencemar duli berangkat menyempurnakan majlis perasmian Perak Agrofest 2023 di Sungai Siput, pada Sabtu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 30 September 2023.
Kerajaan Selangor tunggu kelulusan KM untuk roboh Stadium Shah Alam
Kerajaan Selangor sedang menunggu kelulusan kebenaran merancang (KM) untuk melaksanakan perobohan Stadium Shah Alam yang bakal diganti dengan Kompleks Stadium Shah Alam (KSSA) baharu.
Tuntutan guru di Malaysia bukti lebih fokus kepada pengajaran
Guru-guru di Malaysia lebih fokus kepada tugas sebagai tenaga pengajaran jika dilihat dari tuntutan dan keluhan mereka yang inginkan agar tidak dibebankan dengan tugas lain di luar bidang pengajaran.
SOP penyelenggaraan kemudahan sukan ditingkatkan - Fadhlina
Prosedur operasi standard (SOP) penyelenggaraan terhadap kemudahan sukan di sekolah akan ditingkatkan bagi memastikan kawasan sekolah adalah sifar kemalangan, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Pembangkang tubuh jawatankuasa portfolio, semak imbang peranan Exco Selangor
Mohamed Azmin berkata peranan 10 ADUN PN dalam portfolio itu bertujuan memastikan perbincangan dan perbahasan semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor lebih berfokus.