BENTONG: Kerja-kerja pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sudah mencapai kemajuan 30 peratus setakat Mei, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong.
Beliau berkata kemajuan pembinaan Projek ECRL kini pada tahap yang meyakinkan untuk mencapai sasaran sebanyak 37 peratus menjelang akhir tahun ini.
Wee berkata perkembangan itu didorong oleh kerja infrastruktur di empat negeri yang merangkumi jajaran Seksyen A dari Kota Bharu ke Dungun, Seksyen B dari Dungun ke Mentakab dan Seksyen C dari Mentakab ke Pelabuhan Klang.
Menurut beliau, kerja infrastruktur Projek ECRL berjalan secara serentak di ketiga-tiga Seksyen A, B dan C serta sedang dilaksanakan dengan lancar di lebih 300 kawasan kerja di sepanjang jajaran 665 kilometer.
"Bilangan kawasan kerja akan terus meningkat menjelang kemuncak pembinaan pada 2023...sebanyak 23,000 tenaga kerja diperlukan untuk membangunkan Projek ECRL dengan lebih efektif," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Permulaan Pembinaan Terowong Genting ECRL Pahang di sini hari ini yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Tambah beliau, pelbagai kekosongan jawatan dalam bidang pengurusan dan bukan pengurusan akan dapat diisi, serta memberi jaminan bahawa keperluan tenaga kerja tempatan akan meningkat sehingga 70 peratus kuota pada 2023, seiring dengan perkembangan pembinaan yang bakal mencapai tahap kemuncak pada waktu itu.
Menyentuh mengenai perkembangan pembinaan Terowong Genting, Wee berkata pemasangan mesin pengorek terowong pertama (TBM1) telah siap menjalani ujian percubaan pada April lepas.
Terowong Genting merupakan terowong ECRL pertama dikorek menggunakan kaedah TBM berbanding kaedah gerudi dan letup yang telah digunakan untuk terowong-terowong ECRL sedia ada.
Katanya, pintu masuk portal satu di Terowong Genting juga telah dikorek sepanjang 181 meter dengan kaedah gerudi dan letup bagi memudahkan mesin TBM1 yang mempunyai diameter 8.98 meter dibawa masuk ke lokasi yang ditetapkan.
"Projek ECRL juga berhasrat untuk memasang semula mesin TBM2 dan menjalankan ujian percubaan sebelum akhir tahun ini, bagi melaksanakan kerja-kerja pengorekan di kedua-dua portal Terowong Genting.
"Kerja pembinaan di terowong berkenaan telah membuka fasa baharu dalam pembinaan Projek ECRL dan kami yakin pembinaan terowong rel ini akan siap seperti dijadualkan," kata Wee.
Kos Projek ECRL sepanjang 665 kilometer melibatkan 59 terowong dianggarkan mencecah RM50.27 bilion itu merangkumi kerja-kerja pembinaan di empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 23 2022

Majlis Perasmian Permulaan Pembinaan Terowong Genting ECRL Pahang di sini hari ini disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. - Bernama

'Saya tidak dipilih jadi PM kerana tak mahu lindungi Najib' - Anwar
Anwar mengulas kenyataan Tajuddin bahawa wujud SD dalam kalangan Ahli Parlimen UMNO yang menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Misi Angkasa Lepas | 3 angkasawan Shenzhou-13 jumpa orang ramai
Angkasawan Shenzhou-13 yang terdiri Zhai Zhigang, Wang Yaping dan Ye Guangfu buat pertama kalinya bertemu pihak media dan khalayak sejak kembali ke bumi pada 16 April lalu. Pertemuan itu diadakan pada Selasa dan ketua pasukan angkasawan Jing Haipeng, turut berkongsi mengenai situasi pemulihan serta rancangan susulan kru angkasawan Shenzhou-13 itu.

Perlu mempermudahkan penganggur mencari kerja
Ramai berpandangan bahawa tiada pekerjaan yang tersedia untuk mereka selain merasakan diri mereka tidak layak.

Sindiket Minyak | Sindiket jual minyak terpakai secara haram tumpas
Beli minyak enjin terpakai dari bengkel dan kilang sebelum menjual kepada pihak industri dengan harga lebih murah dari pasaran. Itu taktik sindiket penjualan minyak enjin terpakai secara haram yang berjaya ditumpas polis Johor.

Lelaki hilang empat hari di dusun durian ditemukan lemah, tidak bermaya
Kamarudin Hasan ditemukan dalam keadaan selamat oleh orang awam pada jam 10.50 pagi tadi.

SPRM | YDP pertubuhan kebajikan direman, salah guna kuasa
Seorang Yang Di-Pertua (YDP) sebuah pertubuhan kebajikan di Terengganu direman selama lima hari bagi membantu siasatan berhubung penyalahgunaan kuasa. Turut direman pengarah urusan sebuah syarikat usahasama yang mempunyai kepentingan ke atas syarikat tersebut.

Kes Dadah | 70 peratus kes di mahkamah libatkan dadah
Lebih 70 peratus kes jenayah yang dikendalikan di Mahkamah Kelantan adalah berkaitan dadah. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang Undang)m Datuk Mas Emiryati Samsuddin berkata, angka itu membimbangkan serta menggambarkan keseriusan masalah dadah di negeri itu.

Majlis Raja-Raja | Agong hadiri hari kedua mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-259
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berangkat menghadiri hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-259 di Istana Negara.

Berita palsu mungkin antara punca bekalan minyak masak kurang - Annuar
Annuar menegaskan terdapat beberapa faktor dikenal pasti menjadi punca kepada kurangnya bekalan minyak masak di pasaran terutamanya jenis peket baru-baru ini.

AWANI Ringkas: Majlis Raja-raja bersidang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak ditutup sebahagian malam ini
Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) akan ditutup sebahagian di kedua dua arah selama 30 minit bermula jam 11 malam ini.

Tambang ECRL: PM mahu harga amat berpatutan, tidak bebankan rakyat
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta harga tambang perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) tidak membebankan rakyat apabila projek tersebut siap pada 2027 nanti.

Pembangunan kemajuan projek ECRL capai 30 peratus - Wee Ka Siong
Bilangan kawasan kerja akan terus meningkat menjelang kemuncak pembinaan pada 2023.

ECRL: 1,547 lot tanah fasa satu di Kelantan selesai, diwartakan - Takiyuddin
Sebanyak 1,547 lot tanah bagi fasa satu Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) telah selesai dan diwartakan di bawah Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960.

Tengku Zafrul umum pembinaan Stesen ECRL Puncak Alam diluluskan
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini mengumumkan kelulusan bagi pembinaaan stesen Jajaran Utara Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Puncak Alam.

Projek ECRL di Pahang berjalan lancar
Pembinaan ECRL di Pahang melibatkan tujuh stesen dengan tahap kemajuannya mendahului Terengganu, Kelantan dan Selangor.

Spekulasi pemindahan milik aset, tanah di jajaran ECRL kepada China tidak berasas - Wee Ka Siong
Datuk Seri Wee Ka Siong menegaskan, spekulasi mengenai pemindahan milik aset dan tanah-tanah di sepanjang jajaran Projek Landasan Rel Pantai Timur (ECRL) kepada negara China adalah tidak berasas.

Kerajaan jamin tambang ECRL tidak membebankan pengguna - Wee
Kerajaan memberi jaminan kadar tambang perkhidmatan pengangkutan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang akan ditetapkan kelak tidak akan membebankan pengguna.

ECRL mampu atasi kesesakan jalan raya pada musim perayaan - Wee Ka Siong
Tempoh masa perjalanan ke pantai timur ketika ini yang mengambil masa lebih tujuh jam akan menjadi lebih singkat iaitu sekitar empat jam.

Projek ECRL sepanjang 665 km bebas banjir
Beberapa lokasi yang berisiko telah dikenal pasti membabitkan pembinaan di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor.