awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PUNB lantik Rastam Mohd Isa pengerusi baharu
Sanusi tolak Pengerusi PN, cadang Ahmad Samsuri
Anak Tommy Lee Jones ditemui meninggal dunia di hotel mewah San Francisco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembangunan pelancongan mampan beri peluang pekerjaan kepada golongan muda

Bernama
Bernama
03/10/2021
05:16 MYT
Pembangunan pelancongan mampan beri peluang pekerjaan kepada golongan muda
Jambatan Tuanku Syed Putra yang menghubungkan Kampung Seberang Ramai dengan Kuala Perlis, salah satu tumpuan pelancong tempatan dan asing di Kuala Perlis, untuk merakamkan gambar. --fotoBERNAMA
KANGAR: Pembangunan pelancongan yang mampan akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan khususnya kepada golongan muda di negeri Perlis, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Tuanku Syed Faizuddin yang merupakan Pengerusi Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis bertitah pembangunan juga akan menghasilkan 'kesan pengganda' yang mampu dijana kepada masyarakat secara keseluruhannya di negeri Perlis.
Dalam perutusan hari ini sempena 'Hari Pelancongan Sedunia' yang diraikan pada 27 Sept setiap tahun, baginda bertitah Perlis berpotensi untuk diketengahkan menerusi agropelancongan.
"Kumpulan yang terlibat ialah petani, penternak dan juga nelayan melalui pemerkasaan dalam aktiviti-aktiviti berteraskan ekonomi dan keusahawanan sekali gus mempunyai sumber pendapatan yang pelbagai," titahnya.
Hari Pelancongan Sedunia disambut sebagai memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat antarabangsa mengenai kepentingan pelancongan serta nilai sosial, budaya, politik dan ekonomi. Pada 2019 iaitu sebelum pandemik COVID-19, 1.5 bilion kemasukan pelancong telah direkodkan di seluruh dunia.
Tuanku Syed Faizuddin bertitah banyak lokasi pelancongan baharu yang menarik untuk dikunjungi di Perlis yang dapat menarik minat ramai untuk berkunjung apabila rentas sempadan negeri dibenarkan oleh kerajaan nanti.
Baginda juga menyarankan adalah menjadi tanggungjawab pemain industri tempatan untuk secara bersama-sama melipatgandakan promosi melalui pelbagai medium terutama sekali media sosial.
Selain itu setiap produk yang hendak ditonjolkan tersebut sentiasa berada dalam keadaan selamat, berkualiti, menarik, bersih, diselenggara dengan baik secara berkala serta memiliki warga kerja yang terlatih supaya efisyen dan mesra tetamu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perlis
#Hari Pelancongan Sedunia
#Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail
#rentas negeri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan