awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembangunan satelit, industri pemeriksaan motor antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Bernama
Bernama
18/02/2025
01:10 MYT
Pembangunan satelit, industri pemeriksaan motor antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Persidangan Dewan Rakyat akan menyambung sesi perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja selepas selesai sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Program Pembangunan Satelit Penderiaan Jauh Negara (PSPJN), industri pemeriksaan kenderaan motor dan Akta Anti Diskriminasi Kaum antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman sesawang Parlimen, Young Syefura Othman (PH-Bentong) meminta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan mengenai status semasa program PSPJN di bawah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.
Pada sesi sama, Khairil Nizam Khirudin (PN-Jerantut) meminta penjelasan Menteri Pengangkutan mengenai kriteria pemilihan tiga syarikat yang bakal bersaing dengan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM), selain kedudukan kewangan yang kukuh.
Selain itu, Lim Guan Eng (PH-Bagan) meminta Menteri Perpaduan Negara menyatakan jika suatu Akta Anti Diskriminasi Kaum akan digubal untuk membendung gejala peristiwa perkauman yang kian melarat dalam kalangan pemimpin parti politik dan individu yang bersikap ekstrimis.
Sementara itu pada sesi soal jawab, Datuk Idris Ahmad (PN-Bagan Serai) meminta Perdana Menteri menyatakan langkah pembaharuan yang diambil kerajaan supaya pengurusan Lembaga Tabung Haji akan terus cekap, berdaya saing dan mampu memenuhi keperluan jemaah haji dalam suasana ekonomi global yang semakin mencabar.
Turut menarik perhatian, soalan Onn Abu Bakar (PH-Batu Pahat) kepada Perdana Menteri mengenai keluasan tanah milik Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai rumah mampu milik, serta rancangan jangka pendek dan panjang bagi tujuan tersebut.
Persidangan Dewan Rakyat kemudiannya menyambung sesi perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja.
Sidang Dewan Rakyat berlangsung selama 18 hari hingga 6 Mac.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Parlimen
#Dewan Rakyat
#Akta Anti Diskriminasi Kaum
#industri pemeriksaan kenderaan motor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan