KUALA LUMPUR: Pembangunan semula Pasar Dato Keramat di sini dijangka bermula seawal 2024 secara berfasa selepas perancangan pembinaannya tertangguh lebih lima tahun.
Pengarah projek Sinotech Properties Development Sdn Bhd yang juga pemaju, Mohd Zaili Mohd Zainordin berkata pihaknya telah menyerahkan permohonan kebenaran merancang kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan kini dalam proses pindaan yang akan dimuktamadkan pada bulan depan.
Beliau berkata mengikut perancangan, tapak Perumahan Awam (PA) Perlis Satu yang bersebelahan dengan Pasar Dato Keramat lama akan dibangunkan dengan Pasar Dato Keramat yang moden dan dilengkapi kemudahan parkir bertingkat selain ruang untuk pasar basah, kering yang boleh menempatkan seramai 333 peniaga.
"Pembangunan Pasar Dato Keramat adalah berfasa, pada peringkat awal kami akan siapkan 108 rumah gantian untuk kediaman PA Perlis Satu di Gurney Heights yang dijangka dimulakan pembinaannya pada September ini.
"Selepas rumah gantian itu siap dalam tempoh dua tahun, penduduk PA Perlis Satu akan dipindahkan dan apabila ia telah dikosongkan, barulah kediaman itu dirobohkan untuk pembinaan Pasar Dato Keramat yang baharu," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Mohd Zaili berkata tapak asal Pasar Dato Keramat pula akan dimajukan dengan pangsapuri servis yang mempunyai 1,200 unit kediaman dan keseluruhan projek berkenaan akan mengambil masa lima hingga tujuh tahun.
"Pembinaan perlu dilakukan secara berfasa dan berhati-hati kerana kita tidak mahu mengganggu operasi harian Pasar Dato Keramat sedia ada," katanya.
Sementara itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah ketika dihubungi berkata projek berkenaan telah pun mendapat kelulusan pelan pembangunan dan pembinaan semula Pasar Dato Keramat penting untuk pembangunan yang mampan.
"Bangunan asal Pasar Dato Keramat sudah berusia hampir 40 tahun, infrastruktur yang sedia ada seperti sistem pendawaian elektrik, sistem saliran telah memberikan masalah untuk diselenggara selain parkir yang tidak mencukupi.
"Pembangunan semula di kawasan yang menampung ekonomi warga kota juga perlu dinaik taraf untuk keselesaan, keselamatan peniaga dan pengunjung pada masa akan datang selain lokasinya yang strategik berdekatan dengan stesen LRT Dato Keramat dan Damai," katanya.
Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan Cawangan Dato Keramat Mohamed Tarmizi Mohamed Akil pula berharap cadangan pembangunan Pasar Dato Keramat baharu akan memberikan situasi menang-menang kepada peniaga yang sudah lama mencari rezeki di pasar itu.
Mohamed Tarmizi juga berharap pihaknya dipanggil untuk terlibat dalam libat urus mengenai pembangunan semula pasar itu agar maklumat yang terkini dapat diperoleh dan pihaknya juga dapat mengemukakan sebarang cadangan.
"Kami (peniaga) sudah lama bertapak di sini, kami tidak mahu apabila berlaku pemindahan ke pasar baharu yang sepatutnya prestasi perniagaan semakin maju, sebaliknya semakin mundur.
"Memang cerita (pembangunan) ini bagus, tapi kami tidak mahu terhimpit dengan masalah itu di kemudian hari, sebagai peniaga kami mahu jaminan yang kami akan dapat manfaat daripadanya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 29 2022
Orang ramai beratur untuk membeli roti john yang dijual di Pasar Dato Keramat. -Gambar fail/Bernama
Pasaran IPO London merosot, persaingan sengit dari Timur Tengah dan Asia
Pasaran tawaran awam permulaan (IPO) London jatuh dengan ketara tahun ini lantaran penilaian rendah dan pelabur hilang selera terhadap pasaran semasa.
Kes VLN: 'Saya bersyukur, terima kasih kepada Allah' - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Selena Gomez umum pertunangan dengan Benny Blanco
Pengumuman pertunangan mereka dibuat melalui Instagram, di mana Selena memperlihatkan cincin bertatah berlian dengan kapsyen "Forever begins now".
Seorang kanak-kanak Israel cedera ditembak
Seorang kanak-kanak lelaki Israel berada dalam keadaan kritikal berikutan insiden tembakan di sebuah bas berhampiran Beit Jala, di Tebing Barat yang diduduki Israel.
Jurucakap Pusat Perubatan Hadassah, tempat mangsa dirawat, berkata kanak-kanak berusia 10 tahun itu menerima rawatan kecemasan di unit trauma bersama dua lagi mangsa dewasa.
Jurucakap Pusat Perubatan Hadassah, tempat mangsa dirawat, berkata kanak-kanak berusia 10 tahun itu menerima rawatan kecemasan di unit trauma bersama dua lagi mangsa dewasa.
RM100 juta diperuntuk tingkat minat murid dalam bidang STEM
Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, sebanyak RM100 juta telah diperuntukan pada tahun 2024 untuk tujuan meningkatkan minat murid dalam bidang STEM.
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Pembinaan RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi kerja infrastruktur capai 95 peratus
Pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru–Singapura berjalan mengikut jadual dengan tahap kemajuan mencapai 95 peratus bagi kerja-kerja infrastruktur setakat November lepas.
Apple Intelligence diaktifkan ke beberapa lagi negara tetapi tidak di Malaysia
Apple Intelligence boleh digunakan pada peranti tertentu seperti iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max, siri iPhone 16, Mac dengan cip Apple M, iPad dengan cip Apple M, dan iPad Mini dengan cip A17 Pro.
RUU Ombudsman Malaysia jangka dibentang tahun depan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kula Segaran berkata pada masa ini, beberapa sesi bengkel cadangan dasar penubuhan Ombudsman telah diadakan dengan pihak-pihak berkepentingan, agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan.
Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM dirujuk AGC
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataan bertulis di Parlimen berkata, AGC kemudiannya telah menyerahkannya kembali kepada pihak polis bagi siasatan lanjut.
PM Anwar mahu pembangunan semula Pasar Dato Keramat diberi perhatian
Perdana Menteri mahu DBKL memberi perhatian dan keutamaan kepada pembangunan semula Pasar Dato Keramat yang dilihat sangat daif.
Pembangunan semula Pasar Dato Keramat bermula 2024, secara berfasa
Pihaknya telah menyerahkan permohonan kebenaran merancang kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan kini dalam proses pindaan yang akan dimuktamadkan pada bulan depan.
Peniaga harap deretan kedai terbakar di Pasar Dato Keramat, dibangunkan semula
Mereka rayu ia dilaksanakan dengan kadar segera kerana lokasi itu adalah merupakan tempat mereka mencari rezeki.
46 gerai di Pasar Dato Keramat terbakar
Sebanyak 46 buah gerai di Pasar Dato Keramat musnah dalam satu kebakaran di sini, pada Rabu.