awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembangunan terperinci Kompleks Sukan Shah Alam akan diumum Julai - MB

Bernama
Bernama
25/06/2022
09:19 MYT
Pembangunan terperinci Kompleks Sukan Shah Alam akan diumum Julai - MB
Amirudin berkata, satu jawatankuasa khas yang ditubuhkan kerajaan negeri telah mengenal pasti tindakan yang bersesuaian untuk pembangunan kompleks tersebut. - Gambar fail
BANTING: Pengumuman terperinci mengenai pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA), yang turut merangkumi Stadium Melawati di Seksyen 13, di sini akan dibuat bulan hadapan, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Beliau berkata satu jawatankuasa khas yang ditubuhkan kerajaan negeri, telah mengenal pasti tindakan yang bersesuaian untuk pembangunan kompleks tersebut, yang akan turut diselaraskan seiring dengan pembinaan Aliran Transit Ringan (LRT) 3 yang melalui kawasan berkenaan.
"Jawatankuasa itu telah menilai semua cadangan sama ada (melibatkan) proses pembaikan, naik taraf, buat baharu dan semuanya," katanya pada pemberita selepas pelancaran Siri Kedua Jelajah Selangor Penyayang di Dataran Pantai Morib hari ini.
"Saya tidak mahu memberitahu awal, namun begitu keputusannya berhubung status KSSA sudah ada dan memerlukan untuk melihat keseluruhan bangunan kompleks itu, kerana melibatkan ratusan juta ringgit.
"Insya-Allah, merupakan kerjasama awam-swasta. Ia bukan sepenuhnya dibiaya oleh kerajaan. Kalau kita ambil keputusan untuk baiki sahaja, tahun lepas lagi kita sudah mulakan," katanya.
Sementara itu, mengulas berhubung insiden banjir di Selangor semalam, pegawai daerah di Selangor diingatkan untuk bersiap sedia dalam menghadapi bencana itu, khususnya pada Oktober dan November depan.
Amirudin juga meminta agar projek-projek tebatan banjir dilaksanakan pada kadar segera sebelum tempoh berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Menteri Besar Selangor
#Kompleks Sukan Shah Alam
#Amirudin Shari
#Stadium Melawati
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan