awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembantu kanan PBT direman lima hari kes salah guna kuasa

Bernama
Bernama
15/08/2023
07:04 MYT
Pembantu kanan PBT direman lima hari kes salah guna kuasa
Perintah reman itu dibenarkan bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. -Gambar fail/Bernama
KUALA TERENGGANU: Seorang pembantu kanan di sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) di sini direman selama lima hari bagi membantu siasatan kes penyalahgunaan kuasa.
Majistret Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Sukri membenarkan permohonan reman terhadap lelaki berusia lingkungan 50-an bermula hari ini hingga Sabtu.
Perintah reman itu dibenarkan bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Menurut sumber, lelaki terbabit yang juga bendahari bagi kesatuan di PBT itu disyaki meluluskan pengeluaran dana kebajikan kesatuan kakitangan PBT untuk kegunaan peribadi.
Suspek dipercayai melakukan perbuatan berkenaan sejak 2017 hingga 2020 melibatkan lebih 30 transaksi dengan nilai wang mencecah hampir RM200,000.
Sumber memaklumkan, lelaki berkenaan ditahan kira-kira 12.30 tengah hari ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Terengganu, semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pbt
#SPRM
#pembantu kanan
#penyalahgunaan kuasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan