awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembantu pergigian maut, anak cedera dalam kemalangan kendiri

Bernama
Bernama
25/03/2023
07:24 MYT
Pembantu pergigian maut, anak cedera dalam kemalangan kendiri
Seorang pembantu pergigian Klinik Kesihatan Bintangor maut apabila kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan kendiri di kawasan Bukit Dinding, Jalan Mukah-Selangau awal pagi tadi. -Gambar hiasan
MUKAH: Seorang pembantu pergigian Klinik Kesihatan Bintangor maut apabila kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan kendiri di kawasan Bukit Dinding, Jalan Mukah-Selangau pada awal pagi ini.
James Landok, 43, dari Rumah Pitre Ambit, Tinting Mawang Jalan Petai, Sarikei, maut di tempat kejadian selepas mengalami cedera parah di bahagian kepala dan patah tangan kiri.
Mangsa sedang dalam perjalanan ke Mukah bersama anaknya Felix Ian, 19, ketika kejadian pada kira-kira 5 pagi itu.
Felix yang merupakan seorang pelajar mengalami bengkak di tangan kanan.
Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias dalam satu kenyataan memberitahu ketika melalui suatu selekoh di kawasan Bukit Dinding Jalan Mukah-Selangau kereta yang dipandu mangsa telah hilang kawalan lalu terbabas ke tepi jalan.
"Pemandu kereta telah disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan Klinik Kesihatan Selangau," ujarnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pembantu pergigian
#Klinik Kesihatan Bintangor
#James Landok
#Felix Ian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan