awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembantu restoran maut, motosikal langgar lembu melintas jalan

Sinar Harian
Sinar Harian
28/03/2025
00:30 MYT
Pembantu restoran maut, motosikal langgar lembu melintas jalan
Keadaan motosikal ditunggang mangsa remuk susulan kemalangan yang berlaku di Jalan Felda Bukit Kepayang di Bera semalam. - Foto ihsan PDRM
BERA: Seorang pembantu restoran maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar lembu di jalan Felda Bukit Kepayang di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, dalam kejadian kira-kira jam 10.45 malam itu, mangsa, Muhammad Hafiz Khairi, 26, beralamat Felda Bukit Kepayang meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurutnya, siasatan awal yang dijalankan mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Vario dari arah Bera menghala ke Bukit Felda Kepayang.
"Apabila sampai di tempat kejadian motosikal itu telah melanggar seekor lembu yang sedang melintas jalan lalu terbabas ke bahu jalan.
"Akibat daripada kemalangan tersebut, mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ujarnya, kenderaan terbabit akan dibawa ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) selain mengesan saksi-saksi bebas bagi membantu siasatan.
"Siasatan lanjut diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#motosikal langgar lembu
#penunggang motosikal maut
#lembu lintas jalan
#Bera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan