awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembantu tabika melecur di kepala akibat dapur gas meletup

Bernama
Bernama
28/12/2016
14:29 MYT
Pembantu tabika melecur di kepala akibat dapur gas meletup
Kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa cuba menutup api dapur gas tetapi berlaku letupan kecil hingga mencederakan dirinya. -Gambar hiasan
Seorang pembantu tabika melecur di bahagian kepala dalam satu kebakaran di Taman Bimbingan Kanak-kanak Kemas, di Pengkalan Rinting, Tampoi, di sini, petang tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru, Penolong Kanan Penguasa Bomba Ibrahim Omar berkata dua jentera dan 16 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 3.04 petang.
"Kami tiba di lokasi 10 minit kemudian namun kebakaran pada bahagian dapur itu telah dipadam oleh penduduk di kawasan terbabit," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Menurut Ibrahim, kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa, Fatin Farhana Abdullah, 44, cuba menutup api dapur gas tetapi berlaku letupan kecil hingga mencederakan dirinya.
"Ketika kejadian dipercayai tiga orang berada di dalam premis berkenaan," katanya.
Ibrahim berkata mangsa kemudiannya dibawa oleh orang ramai ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) bagi menerima rawatan.
Menurutnya, pihaknya masih menyiasat punca kebakaran dan nilai kerugian. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dapur gas
#melecur di kepala
#pembantu tabika
#Pengkalan Rinting
#Taman Bimbingan Kanak-kanak Kemas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan