Pembantu warden sebuah madrasah tahfiz dekat Kota Tinggi yang kini direman sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan kes pukul pelajar madrasah tersebut memiliki satu rekod jenayah lampau.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi ACP Rahmat Othman berkata lelaki berumur 29 tahun dan masih bujang itu pernah disabitkan dengan kesalahan mencuri dalam bangunan dan dipenjara 30 bulan.
"Berdasarkan siasatan, kita dapati pembantu warden itu mempunyai rekod jenayah bersabit Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
"Dia dijatuhi hukuman penjara 30 bulan bermula dari tarikh ditangkap pada 22 Mei 2014," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Rahmat berkata, pihak polis setakat ini sudah merekodkan keterangan daripada pengetua, kakitangan sekolah dan rakan pelajar itu di madrasah berkenaan.
Pembantu warden tersebut ditahan polis kira-kira 4 petang semalam di rumahnya di Felda Lok Heng Barat, di sini, selepas ibu pelajar tersebut membuat laporan polis berhubung kejadian pukul berkenaan.
Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor Datuk Ayub Rahmat, dilaporkan berkata pelajar tersebut Mohamad Thaqif Amin Mohd Gadaffie, terpaksa dipotong kedua kakinya kerana mahu mengelakkan jangkitan kuman pada bahagian lain tubuh badan namun pelajar itu kemudian disahkan koma.
Mohamad Thaqif Amin yang dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru, Rabu lepas, menjadi tular di media sosial selepas dipercayai mengalami kesakitan pada bahagian kaki sejak dua minggu lepas akibat dipukul oleh pembantu warden. -- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 23 2017
Pembantu warden madrasah tahfiz direman empat hari di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi hari ini, bagi membantu siasatan berhubung kes pukul membabitkan seorang pelajar berusia 11 tahun. --fotoBERNAMA
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pembantu warden pukul pelajar miliki rekod jenayah
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi ACP Rahmat Othman berkata lelaki berumur 29 tahun dan masih bujang itu pernah disabitkan dengan kesalahan mencuri dalam bangunan dan dipenjara 30 bulan.