awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembantu warden tahfiz terlibat kes dera direman semula

Bernama
Bernama
28/04/2017
23:30 MYT
Pembantu warden tahfiz terlibat kes dera  direman semula
Suspek direman empat hari mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, sebelum disambung lagi tempoh remannya selama tiga hari. - Gambar fail
Pembantu warden lelaki di sebuah pusat tahfiz swasta di sini yang ditahan kerana disyaki mendera seorang pelajar pusat itu sebelum ini, direman semula pada Jumaat.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata reman dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Kota Tinggi bagi membolehkan suspek disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
"Reman tujuh hari itu bermula hari ini hingga 3 Mei depan," kata beliau dalam satu kenyataan di sini semalam.
Sebelum ini, suspek direman empat hari mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, sebelum disambung lagi tempoh remannya selama tiga hari.
Lelaki berusia 29 tahun itu ditahan di rumahnya di Felda Lok Heng Barat, Kota Tinggi pada pukul 4 petang Sabtu lepas selepas ibu mangsa membuat laporan polis.
Dalam kejadian berkenaan Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, dipukul dengan paip getah hingga menyebabkan kecederaan pada kedua-dua kakinya.
Mohamad Thaqif Amin kemudian dipotong kedua-dua belah kaki hingga paras paha akibat dijangkiti kuman setelah dipercayai didera oleh pembantu warden berkenaan.
Mangsa meninggal dunia pada pukul 2.05 petang Rabu lepas di Hospital Sultan Ismail di sini dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Aping Timur, pada malam hari yang sama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#Kota Tinggi
#meninggal dunia
#Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi
#pembantu warden
#reman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan