awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Serangan Israel di Gaza ragut 23 nyawa, antara hari paling berdarah sejak gencatan senjata
Washington Post umum pemberhentian satu pertiga tenaga kerja, kurangkan liputan
Anggota tentera putus kaki angkara pikap buat pusingan U
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembekal, pengusaha tempatan diberi keutamaan sepanjang Ramadan - Tajuddin

Bernama
Bernama
18/05/2017
23:21 MYT
Pembekal, pengusaha tempatan diberi keutamaan sepanjang Ramadan - Tajuddin
TAJUDDIN: Kita membenarkan barangan import tetapi kita mesti ingat, dasar kita tidak mahu import begitu banyak sehingga menjejaskan pengeluaran tempatan. -Gambar fail
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan memastikan pembekal dan pengusaha tempatan diberi keutamaan dari segi pembekalan barangan sepanjang Ramadan ini.
Jaminan itu diberikan Timbalan Menterinya, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman bagi memastikan pengeluaran bekalan dalam negara yang sedang meningkat ketika ini tidak terjejas akibat pengimportan.
Namun begitu, jelasnya kementerian hanya akan mengimport barangan tersebut mengikut keperluan.
"Kita membenarkan barangan import tetapi kita mesti ingat, dasar kita tidak mahu import begitu banyak sehingga menjejaskan pengeluaran tempatan.
"Kita juga kena jaga kepentingan petani-petani dan pengusaha tempatan kita," katanya pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Insentif Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Program Projek Permulaan (EPP) 11 kawasan Seberang Perak di Bukit Chawi di sini pada Khamis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pembekal
#pengusaha
#perniagaan
#Ramadan
#Tajuddin Abdul Rahman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan