KUALA LUMPUR: Pihak pembelaan dalam kes rasuah bekas ketua menteri pulau pinang Lim Guan Eng, hari ini mengemukakan aduan kepada hakim Mahkamah Sesyen di sini mengenai protokol keselamatan yang ketat, sehingga menyebabkan ahli keluarga anak guamnya tidak dapat memasuki mahkamah untuk mengikuti prosiding perbicaraan.
Peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Lim memberitahu Hakim Azura Alwi bahawa, isteri kepada anak guamnya Betty Chew, beberapa orang peguam serta penyokong Ahli Parlimen Bagan itu telah dihalang pihak polis daripada memasuki bilik mahkamah, walaupun mereka sering hadir pada perbicaraan sebelum ini.
"Yang Arif, seperti yang dilihat galeri awam kosong pada hari ini kerana pihak polis tidak benarkan sesiapa masuk termasuk isteri tertuduh...jadi saya mohon arahan Yang Arif kerana saya juga ada pegawai (peguam) yang perlu membantu saya dan beliau juga ada di luar," kata peguam itu.
Menjawab pertanyaan Gobind, Azura berkata pihaknya juga tertakluk kepada arahan jawatankuasa keselamatan mahkamah, untuk memberikan senarai nama individu yang ingin mengikuti prosiding perbicaraan.
"Kita akan benarkan masuk (ke mahkamah) mengikut senarai nama dan kapasiti, dengan mengguna pakai prosedur operasi standard yang telah ditetapkan," katanya.
Gobind kemudian bersetuju dan berkata pihaknya akan memberikan senarai nama individu yang ingin mengikuti prosiding dua hari sebelum perbicaraan bermula.
Sementara itu, tiga saksi pendakwaan iaitu bekas setiausaha sulit kanan Lim, Datuk Ng Wee Kok serta M. Maheswari dan S. Vijayalakchimi yang masing-masing merupakan bekas setiausaha majlis mesyuarat kerajaan negeri (MMKN) Pulau Pinang, dipanggil semula untuk membuat pengecaman kira-kira 30 dokumen minit mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK), berhubung projek terowong dasar laut itu.
Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin, turut memaklumkan saksi pendakwaan ke-11 iaitu bekas penasihat undang-undang Pulau Pinang Datuk Faiza Zulkifli, sepatutnya dipanggil untuk disoal balas hari ini tetapi terpaksa dibatalkan pada saat akhir, kerana saksi itu dijangkiti COVID-19.
Lim berhadapan pertuduhan pindaan menggunakan kedudukan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menerima rasuah RM3.3 juta, dalam membantu Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd syarikat milik Zarul Ahmad Mohd Zulkifli, mendapatkan projek pembinaan bernilai RM6,341,383,702, di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, Komtar, George Town antara Januari 2011 hingga Ogos 2017.
Bagi pertuduhan pindaan kedua, Lim didakwa meminta suapan daripada Zarul Ahmad sebanyak 10 peratus daripada keuntungan diperoleh syarikat itu, sebagai penghargaan mendapatkan projek itu dan dituduh melakukan perbuatan berhampiran The Garden Hotels, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, di sini pada Mac 2011.
Lim yang juga bekas setiausaha agung DAP itu turut berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah bernilai RM208.8 juta milik kerajaan Pulau Pinang dilupuskan kepada dua syarikat, yang didakwa mempunyai kaitan dengan projek terowong dasar laut itu.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang, Tingkat 21, Komtar pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017. Perbicaraan di hadapan Azura bersambung 26 Mei ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 01 2022
Gobind memberitahu hakim, isteri Lim, Betty Chew, serta beberapa orang peguam serta penyokong Ahli Parlimen Bagan itu telah dihalang pihak polis daripada memasuki bilik mahkamah. - Gambar fail
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Projek terowong: SPRM jalankan siasatan khas terhadap Lim Guan Eng - Saksi
Saksi utama pendakwaan kes rasuah Lim Guan Eng memberitahu beliau tidak mendedahkan nama bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu semasa memberi keterangan kepada SPRM.
Kes rasuah: Nama Guan Eng timbul selepas kes Gnanaraja disiasat - Saksi
Seorang saksi mengaku di mahkamah bahawa nama Lim Guan Eng hanya ditimbulkan selepas lebih setahun kes rasuah membabitkan seorang ahli perniagaan di Shah Alam, disiasat.
Ahli Parlimen cadang kerajaan teliti impak cukai kepada rakyat
Kerajaan dicadang meneliti pelaksanaan cukai di dalam negara termasuk peningkatan kadar baharu cukai perkhidmatan yang berkemungkinan memberi kesan secara langsung kepada rakyat.
Saksi akui tidak beritahu SPRM RM2 juta untuk Lim Guan Eng
Menurut saksi, beliau tidak pernah menyatakan wang RM2 juta bertujuan diberikan kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu.
Saksi tidak sebut nama Guan Eng dalam siasatan kes rasuah terowong dasar laut pada 2018
Seorang saksi utama pendakwaan mengakui bahawa beliau tidak pernah memberitahu SPRM pada 2018 bahawa rasuah RM2 juta ditujukan untuk bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
RM247 juta kos penuh projek Gurney Bay - Chow
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow menyangkal dakwaan bahawa Fasa 1 Gurney Bay melibatkan kos sebanyak RM247 juta.
Rasuah terowong dasar laut: Pernyataan saksi diserah kepada Guan Eng
Mahkamah Sesyen membenarkan sebahagian dokumen pernyataan saksi utama dalam perbicaraan kes rasuah projek terowong dasar laut diserahkan kepada pembelaan Guan Eng.
Guna air simpanan untuk minum dan masak, air tangki tidak sesuai - Guan Eng
Orang ramai perlu mengambil maklum mengenai air yang disediakan di tangki simpanan tetap tidak sesuai untuk tujuan minuman dan memasak.
Guan Eng cadang peruntukan semua ADUN k'jaan dinaik kepada RM800,000 setahun
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih Lim Guan Eng memohon kepada kerajaan supaya peruntukan RM500,000 setahun untuk kesemua ADUN kerajaan ditambah kepada RM800,000, sama seperti di Selangor.
PDC tidak beri tanah kepada swasta untuk dibangunkan - Chow
Bank tanah perindustrian PDC terletak di lokasi strategik dan dapat dipasarkan kepada pelabur kategori industri digalakkan.