PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) bukan alasan untuk kita semua tidak boleh melakukan hal-hal yang bermanfaat semasa berada di kediaman.
Sebaliknya, banyak peluang yang boleh diterokai bersama ahli keluarga terutamanya dengan memanfaatkan teknologi maklumat.
Antaranya, inilah masa terbaik untuk masyarakat belajar dan menuntut ilmu baharu melalui alam maya.
Bukan sahaja akademik, malah kelas kemahiran-kemahiran seperti memasak, senaman dan pengurusan juga boleh dikendalikan melalui atas talian.
Dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan pandemik COVID-19, penjarakan sosial serta kuarantin kendiri merupakan langkah terbaik apa lagi akses kepada ilmu dan pendidikan tersedia di depan mata.
Untuk itu, dunia perlu memilih pembelajaran alam maya sebagai alternatif kepada ‘mode’ pembelajaran bersemuka walaupun langkah itu mungkin dilihat sedikit mencabar dan terhad.
Astro AWANI senaraikan antara mekanisme yang sesuai untuk diguna pakai oleh seseorang pengajar serta lebih efektif dan mudah untuk pelajar mengakses.
Seperti yang disaran Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Warisan PBB (Unesco), solusi percuma dan pelbagai bahasa ini dikategorikan mengikut keperluan selain menawarkan pelbagai fungsi yang berbeza.
Sistem pengurusan pembelajaran digital
Umum mengetahui, sektor pendidikan seperti institusi pengajian tinggi dan sekolah antara yang terjejas susulan perintah kawalan pergerakan dilaksanakan.
Namun, keadaan itu bukan alasan untuk tidak meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran seperti kebiasaan.
Sehubungan itu, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), pada Jumaat, membenarkan semua Universiti Awam (UA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dalam talian.
BACA: KPT benarkan UA, IPTS laksanakan PdP dalam talian
Bagaimanapun, pengurusan pembelajaran secara digital ini perlu diambil kira dari aspek pelaksanaannya oleh institusi pendidikan itu sendiri.
Bagi penuntut universiti awam dan swasta, pelaksanaannya mungkin mudah untuk dikawal selia. Bagi pelajar di sekolah pula, ibu bapa perlu memainkan peranan dalam membantu anak-anak mendapatkan akses pendidikan melalui pemantauan secara alam maya oleh guru-guru.
Antara platform yang sesuai untuk diguna pakai bagi tujuan pengurusan pembelajaran secara digital adalah Blackboard, Edmodo, Google Classroom dan ClassDojo.
Apa yang menarik, platform seperti ClassDojo memberi peluang untuk ibu bapa dan ahli keluarga untuk turut serta dalam proses pembelajaran itu. Justeru, ia menjadikan proses pemantauan prestasi anak-anak mereka lebih mudah.
Sistem dibina khas untuk telefon pintar
Selain komputer riba, telefon pintar adalah gajet yang lebih mudah dicapai dengan hanya memuat turun aplikasi tertentu.
Bagaimanapun, tidak semua platform pembelajaran alam maya disokong oleh telefon pintar ekoran sistem yang dicipta sedikit berbeza dengan komputer.
Antara aplikasi yang boleh diguna pakai adalah Ustad Mobile, Funzi, Cell-Ed dan Eneza Education.
Aplikasi ini bukan sahaja menawarkan pembelajaran secara ‘mikro’, malah turut menawarkan fungsi lain seperti mencatat kehadiran pelajar, menyediakan platform kuiz untuk menguji kefahaman pelajar dan menyokong proses pengajaran dan latihan untuk skala kumpulan yang besar.
Gunakan sistem yang menyokong fungsi di luar talian
Cabaran utama dalam menyertai pembelajaran secara atas talian ini adalah untuk memastikan proses pembelajaran berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang gangguan dalam talian.
Namun, tahukah anda, dengan teknologi, aplikasi pembelajaran alam maya kini menawarkan kandungan di luar talian?
Ini bermakna, tanpa kehadiran atau capaian internet yang rendah, pengguna masih boleh belajar seperti biasa. Jadi, penting untuk ketahui aplikasi yang menyokong ciri tersebut.
Antara platform yang disarankan ialah Kolibri, Rumie dan Ustad Mobile.
Kandungan pembelajaran kendiri
Selain menjalani proses pembelajaran bersama guru atau jurulatih, belajar secara sendiri sebenarnya sudah cukup bagi mengisi aktiviti harian dengan perkara bermanfaat.
Ia seiring dengan usaha untuk mengurangkan aktiviti melibatkan kumpulan yang ramai.
Selain platform perkongsian video terkenal, Youtube, platform lain seperti Discovery Education, Quizlet dan OneCourse antara pilihan tepat untuk mereka yang berminat untuk merasai pengalaman belajar ilmu dan kemahiran baharu sepanjang tempoh kawalan ini.
Platform komunikasi menerusi video ‘live stream’
Aplikasi yang menyokong platform panggilan menerusi video ‘live stream’ pastinya tidak terkecuali terutama bagi mereka yang ingin berkomunikasi dengan lebih daripada 10 orang pada satu masa.
Secara jelas, ia memudahkan guru dan pelajarnya untuk berinteraksi, berkongsi idea dan bertukar pendapat antara satu sama lain mengenai sesebuah topik.
Aplikasi seperti Skype, Zoom, Hangout Meet dan Lark antara platform yang mempunyai ciri-ciri khas untuk mewujudkan aktiviti dalam kelas dalam talian.
BACA: Kenali 5 aplikasi ini untuk kemudahan pekerjaan seharian anda
Walaupun teknologi memberi peluang kepada kita untuk menimba ilmu dan kemahiran di mana sahaja, namun, masyarakat perlu ingat bahawa proses untuk mahir dan belajar sesuatu perkara itu mengambil masa dan tenaga bagi memastikan ilmu itu dihadam dengan sebaiknya.
Pengamalan ilmu pengetahuan dalam kehidupan seharian juga amat penting supaya ia tidak menjadi sia-sia.
Najmi Syahiran Mamat
Mon Mar 23 2020
Dunia perlu memilih pembelajaran alam maya sebagai alternatif kepada 'mode' pembelajaran bersemuka walaupun langkah itu mungkin dilihat sedikit mencabar dan terhad. - Gambar PIXABAY
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Belajar buat kebab Mexico secara 'online' sebelum jual di bazar Ramadan
Trend masyarakat ketika ini yang gemar mencuba menu baharu kadangkala boleh menjadi sumber pendapatan kepada sesetengah individu yang mahu berusaha.
Pembelajaran alam maya: Ini solusi ketika berdepan COVID-19
Untuk itu, dunia perlu memilih pembelajaran alam maya sebagai alternatif kepada mode pembelajaran bersemuka walaupun langkah itu mungkin dilihat sedikit mencabar dan terhad.