awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perolehan projek Tentera Darat: SPRM sita enam akaun bank, geledah beberapa syarikat
SPRM rakam keterangan bekas menteri disyaki terima rasuah RM5 juta, Lamborghini
Pahang kembali dilanda banjir, Johor catat peningkatan mangsa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembeli BMW sekarang dapat waranti lima tahun

Astro Publication
Astro Publication
04/06/2015
19:03 MYT
Pembeli BMW sekarang dapat waranti lima tahun
Akhirnya, BMW Malaysia sudah mengumumkan bahawa setiap pembelian kenderaan BMW (termasuk model i8 yang baharu diperkenalkan dan mana-mana model M) daripada saluran yang rasmi akan disertakan dengan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan. Turut termasuk di dalam pakej adalah program servis berjadual percuma. Untuk menikmati jaminan ini, pembelian haruslah dibuat pada atau selepas 1 Jun 2015.
Skop servis adalah berdasarkan servis berdasarkan status ‘Condition Based Service’ (CBS) termasuk pemeriksaan kenderaan dan penukaran minyak enjin.
Alat ganti seperti penuras udara, penapis bahan api, penapis mikro, palam pencucuh dan cecair brek termasuk di dalam program servis baharu ini. Pengelap cermin dan komponen brek depan dan belakang – termasuk cakera dan pad brek – pula dikecualikan daripada waranti ini. Namun, BMW itu haruslah mempunyai sejarah servis yang dilakukan wakil BMW yang sah sepanjang tempoh jaminan. Perkembangan ini sudah lama ditunggu memandangkan waranti BMW hanya sekadar untuk dua tahun (ditambah BSRI selama tiga tahun/60,000km) sebelum ini.
Sebagai perbandingan, Mercedes Malaysia mula menawarkan jaminan berjumlah empat tahun sejak Oktober 2011 dan Audi pula untuk empat tahun.
Skop kereta premium turut melibatkan jenama Jepun di mana Lexus menawarkan jaminan untuk tiga tahun atau 100,000km. Jadi BMW sekarang mendahului dari skop memberi pakej lepas jualan yang lebih baik, sekaligus memberi ketenangan kepada pelanggan mereka.
Topic Berkaitan
# waranti
#BMW
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan