Majoriti pembeli Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) di Putrajaya berpuas hati dengan lokasi dan harga rumah yang ditawarkan, namun ramai yang tidak berpuas hati akan kualiti rumah dan mutu respon terhadap aduan yang berbangkit.
Menurut laporan Ketua Audit Negara Tahun 2018, Siri 3, analisis Audit terhadap maklumat balas daripada 535 responden melibatkan 3,447 borang soal selidik yang diedarkan kepada penghuni PPAM Pudina, Larai dan Palma, mendapati 75.33 peratus responden tidak berpuas hati dengan kemudahan tempat letak kenderaan, yang disediakan pemaju.
Manakala sebanyak 47.62 peratus tidak berpuas hati dengan kemudahan lif yang disediakan dan ini disokong dengan data aduan laporan panggil balik (callback report), yang menunjukkan sebanyak 77 aduan kerosakan dilaporkan dalam dua bulan lif beroperasi iaitu pada Dis 2018 dan Jan 2019.
"Majoriti responden bagi ketiga-tiga projek berpuas hati dengan lokasi, harga rumah dan kemudahan awam rumah PPAM masing-masing, namun secara khusus mengikut projek PPAM, ketidakpuasan hati daripada segi kualiti rumah PPAM Putrajaya antara 32.89 hingga 88.22 peratus," demikian menurut laporan itu.
Laporan itu berpendapat, secara umumnya responden berpuas hati dengan perlaksanaan program itu dan bersetuju ia diteruskan, namun peratusan tahap kepuasan pembeli didapati masih rendah disebabkan Perbadanan Putrajaya (PPj), kurang memberi penekanan terhadap kualiti kerja pembinaan oleh pemaju.
Semakan Audit juga mendapati penilaian hasil (outcome) dan impak terhadap projek PPAM itu belum dilaksanakan, meskipun berdasarkan Arahan No. 1 2010 (Majlis Tindakan Negara), penilaian hasil adalah sebagai sistem amaran awal untuk membantu kementerian menyelaras semula strategi pelaksanaan projek, agar mencapai sasaran hasil yang dihasratkan.
Laporan itu juga mendapati pengurusan aduan bagi PPAM Pudina, Larai dan Palma, adalah kurang cekap kerana masih terdapat aduan yang belum selesai mengikut tempoh yang ditetapkan, selain terdapat isu-isu berkaitan kawasan sepunya (common area), yang ditemui oleh pihak audit, termasuklah fasiliti yang dibangunkan tidak mesra OKU.
Laporan itu juga mendapati terdapat kelemahan dalam proses pemilihan pembeli pada awal pemilihan kerana seramai 23 pemohon daripada Permohonan Fasa 1 dan Fasa 2 belum ditawarkan rumah PPAM Putrajaya, walaupun berpendapatan di bawah RM8,000 dan telah melepasi tapisan kelayakan.
Namun maklumat balas yang diterima daripada Perbadanan Putrajaya kemudiannya mengesahkan, 18 pemohon akhirnya ditawarkan rumah PPAM antara Disember 2016 hingga Disember 2019, manakala lima lagi tidak melepasi syarat kelayakan.
Laporan itu juga berpendapat bahawa terdapat kelemahan dalam proses menguruskan pembeli, iaitu tindakan PPj selaku agensi pelaksana, membeli unit rumah di PPAM adalah bertentangan dengan syarat yang ditetapkan, iaitu pembeli rumah PPAM mestilah anggota perhidmatan awam.
Analisis audit mendapati penjualan itu telah menyebabkan kerugian kepada kerajaan, kerana telah menanggung subsidi berjumlah RM243,259 untuk tiga unit rumah PPAM, menerusi penyaluran Dana Mudahcara kepada Pemaju dan amalan itu menyebabkan peluang kepada penjawat awam yang berkelayakan, telah digunakan untuk tujuan yang tidak berkaitan.
Namun menurut laporan itu, berdasarkan maklumat balas, pemaju bersetuju untuk menanggung kos subsidi kerajaan ke atas unit yang dibeli oleh PPj dan PPj sendiri berhasrat untuk tidak meneruskan perolehan, bagi rumah yang belum ditandatangani Perjanjian Jual Beli.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 14 2020
Menurut laporan Ketua Audit Negara Tahun 2018, Siri 3, 75.33 peratus responden tidak berpuas hati dengan kemudahan tempat letak kenderaan, yang disediakan pemaju. - Gambar fail
[TERKINI] Tujuh individu direman di IPD Seri Alam
Tujuh individu, termasuk lima ahli keluarga suspek, akan direman di IPD Seri Alam bagi membantu siasatan serangan di Balai Polis Ulu Tiram. Dua anggota polis maut dalam kejadian tersebut.
[TERKINI] Penyerang tiada agenda besar, bertindak sendirian – Saifuddin
Suspek utama yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram di sini pada Jumaat, hingga menyebabkan kematian dua anggota polis, didapati tidak mempunyai motif atau agenda yang lebih besar, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Ibu bapa menabung bolehkan 8 sekeluarga tunai haji bersama
Bagi musim haji 1445H/2024M, kehadiran lapan sekeluarga termasuk lima beradik mendapat rezeki mengerjakan haji serentak disumbang hasil perancangan serta simpanan wang selama lebih 18 tahun oleh ibu bapa mereka, yang berhajat mahukan semua anaknya menunaikan haji di usia muda.
Mohd Khairul Ridzuan azam bantu lebih ramai mualaf buang tatu
Tujuan Mohd Khairul Ridzuan ialah untuk bantu golongan mualaf beribadah dengan lebih baik, yakin dan bersemangat.
Jemaah haji diminta jaga tanda pengenalan diri semasa di Tanah Suci
Jemaah haji Malaysia diingatkan supaya sentiasa menjaga tanda pengenalan yang diberikan oleh Lembaga Tabung Haji sepanjang di Tanah Suci.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah dua anggota dituntut keluarga
Jenazah Ahmad Azza dan Muhamad Syafiq dibawa ke Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, IPK Johor untuk disembahyangkan dan diberi penghormatan terakhir.
[TERKINI] Sidang media KDN berhubung serangan balai polis
Ikuti sidang media Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, pasca serangan balai polis yang berlaku pada Jumaat.
[LAPOR LANGSUNG] Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Penyerang tiada agenda besar, bertindak sendirian - Saifuddin
Suspek utama yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram didapati tidak mempunyai motif atau agenda yang lebih besar, kata Menteri Dalam Negeri.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Penyerang tiada agenda besar, bertindak sendirian - Saifuddin
"Penyerang ini bertindak bersendirian atau kita sebut sebagai lone wolf. Driven by motivation yang dia faham, sebab dia tak bercampur dengan orang."
Maklumat awal mendapati pelaku bertindak secara bersendirian
Maklumat awal mendapati bahawa pelaku merupakan warganegara Malaysia berusia 21 tahun dan tidak mempunyai rekod lampau serta melakukan tindakan tersebut secara bersendirian.
#AWANInews
#AWANInews
Senarai TSC FBI: MyCare sedia diaudit, pastikan ketelusan sumbangan
MyCare sentiasa bersedia untuk menjalankan pengauditan bagi memastikan ketelusan dalam pengurusan dana kutipan derma.
Najib keluarkan surat tiada keperluan audit 1MDB - Saksi
Penguasa Kanan SPRM Nur Aida Arifin, 37, yang juga pegawai penyiasat kes 1MDB berkata surat itu dikeluarkan pada 22 Disember 2009.
Perak wujud pasukan petugas audit penubuhan taska di tempat kerja
Ia menyasarkan semua pejabat kerajaan seluruh negeri meliputi pejabat daerah dan tanah, majlis daerah, perbadanan, IPT dan hospital.
Pastikan peralatan sukan sekolah diaudit, jamin keselamatan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan akan memastikan setiap peralatan sukan di sekolah diaudit bagi menjamin keselamatan murid ketika menggunakannya.
Koperasi diingat laksana audit
Kegagalan mematuhi perkara itu akan menyebabkan koperasi hilang kelayakan untuk mendapatkan kemudahan yang ada di bawah SKM.
'Jangan hanya audit selepas projek selesai' - Akhbar Satar
Antara cara yang efektif dalam mereformasi kelemahan berkaitan ketirisan ini ialah mengadakan audit ketika projek masih berjalan.
Serba Dinamik terbit laporan tahunan pada 6 Jan ini
Serba Dinamik Holdings Bhd (SDHB) akan menerbitkan laporan tahunan 2021 menjelang 6 Januari.
Audit: Permohonan bantuan penyelenggaraan sekolah perlu melalui JPN
Tidak boleh dikemukakan secara terus oleh pihak sekolah bagi memastikan penilaian teknikal dan kos munasabah.
Cuai, langgar kontrak: 1MDB, kerajaan saman rakan kongsi KPMG US$5.6 bilion
Kesemua plaintif menamakan rakan kongsi KPMG yang dilantik sebagai juruaudit 1MDB antara 15 Sept 2010 dan 10 Jan 2014, sebagai defendan pertama hingga ke-44.
MoF sahkan tindakan undang-undang difailkan terhadap rakan kongsi KPMG PLT
Kementerian Kewangan (MoF) pada Jumaat mengesahkan writ dan pernyataan tuntutan telah difailkan terhadap 44 rakan kongsi KPMG PLT pada 6 Julai, 2021.