awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembelian pesawat Boeing strategi perniagaan MAG, tidak libat wang rakyat - Tengku Zafrul

Bernama
Bernama
02/08/2025
22:00 MYT
Pembelian pesawat Boeing strategi perniagaan MAG, tidak libat wang rakyat - Tengku Zafrul
Anwar pada Mac mengumumkan bahawa MAG telah membuat tempahan sebanyak 30 pesawat Boeing 737 yang dijadualkan dihantar kepada syarikat itu menjelang 2030. - Foto Facebook Tengku Zafrul
KUALA LUMPUR: Pembelian pesawat Boeing oleh Malaysia Aviation Group (MAG) bukanlah pembaziran wang cukai rakyat, sebaliknya merupakan keputusan perniagaan strategik yang dirancang lebih awal dan dibiayai menggunakan dana syarikat, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Beliau berkata rancangan pembelian itu telah diumumkan seawal Mac 2025, iaitu sebelum Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan sebarang tarif baharu terhadap barangan import.
"Jadi, apa kaitan pembelian ini dengan rundingan tarif? Apabila AS mengenakan tarif, ia sebahagiannya disebabkan oleh defisit dagangan.
"Maksudnya, kita jual lebih banyak barangan ke AS berbanding membeli barang dari negara itu. Jadi AS cuba nak kurangkan defisit ini dengan mengenakan tarif yang tinggi, 25 peratus," katanya dalam catatan beliau di platform X semalam.
Tengku Zafrul berkata sehubungan itu, Malaysia mengambil peluang ini dengan menyenaraikan semua pembelian besar yang dirancang oleh syarikat-syarikat Malaysia dari AS, termasuk pesanan pesawat Boeing berkenaan.
"Bukan kita beli semata-mata sebab nak kurangkan tarif," kata beliau.
Menurutnya pendekatan ini menunjukkan kepada AS bahawa Malaysia juga merupakan pembeli besar produk mereka dan pada akhirnya meyakinkan negara itu untuk menurunkan tarif eksport Malaysia daripada 25 peratus kepada 19 peratus.
"Strategi bijak ini adalah hasil perundingan yang teliti, memastikan kepentingan syarikat dan negara terpelihara," katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mac mengumumkan bahawa MAG telah membuat tempahan sebanyak 30 pesawat Boeing 737 yang dijadualkan dihantar kepada syarikat itu menjelang 2030.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Boeing
#wang rakyat
#Tengku Zafrul Abdul Aziz
#tarif AS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan