Sidang Dewan Rakyat yang akan bermula Isnin ini hingga 24 Nov depan sudah pasti tertumpu kepada pembentangan Bajet 2017 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pembentangan Rang Undang-undang Perbekalan (Belanjawan) 2017 itu akan berlangsung pada 4 petang, 21 Okt sebelum perbahasan di peringkat dasar dan jawatankuasa yang dijadual berlangsung sehingga minggu keenam.
Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen Ke-13 itu akan turut menyaksikan beberapa Rang Undang-Undang (RUU) dibaca buat kali pertama iaitu RUU Bank Pelaburan Infrastruktur Asia 2016; RUU Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 2016; RUU Undang-Undang Mahkamah (Kaedah-Kaedah Pemulaan Tindakan Sivil) 2016 dan RUU Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2016.
Adalah Difahamkan RUU Persendirian, iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 (RUU 355) turut tersenarai dalam Aturan Mesyuarat kali ini.
Pada 26 Mei lalu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan usul RUU tersebut yang antara lain bagi meminda Seksyen 2 bagi menggantikan peruntukan dalam undang-undang sedia ada iaitu Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas penganut agama Islam dan dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara yang disenaraikan dalam butiran 1 Senarai Negeri, di bawah jadual kesembilan Undang-Undang Persekutuan.
Dalam pada itu, Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Hamzah berkata sidang Dewan Rakyat pada Isnin ini akan dimulakan dengan majlis mengangkat sumpah dua anggota Parlimen iaitu Budiman Mohd Zohdi dan Datin Mastura Mohd Yazid yang memenangi pilihan raya kecil Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun lalu.
Kedua-dua wakil rakyat itu telah menghadiri satu sesi taklimat khas pada 27 Jun lalu berkenaan perjalanan dan peraturan mesyuarat Dewan Rakyat serta perkara lain yang berkaitan sebagai persediaan menggalas tanggungjawab sebagai anggota Parlimen.
Roosme berkata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin juga akan mengemukakan usul mengiktiraf dan mengucapkan tahniah kepada keseluruhan kontinjen Olimpik dan Paralimpik negara di Rio 2016 kerana mencapai prestasi terbaik pada kedua-dua temasya itu.
"Para atlet temasya berkenaan dijangka hadir pada sesi sidang Dewan Rakyat Isnin ini bagi menerima penghargaan tersebut," katanya kepada Bernama.
Sesi Dewan Rakyat kali ini juga akan menyaksikan pelaksanaan sesi khas waktu pertanyaan menteri (MQT), bagi membolehkan soalan isu serius dan mutakhir dijawab oleh menteri berkaitan.
Sesi selama 30 minit itu akan diadakan setiap Selasa dan Khamis sebelum bermulanya sesi pertanyaan jawab lisan.
Sesi MQT berkenaan akan bermula pada pukul 10 pagi hingga 10.30 pagi, dengan anggota Parlimen diperuntukkan masa selama seminit untuk mengemukakan pertanyaan dan menteri akan menjawab dalam masa tiga minit.
Ia merupakan sebahagian pelan transformasi Parlimen fasa pertama selain sesi Kamar Khas yang telah dilaksanakan bermula persidangan lepas. - Bernama
Bernama
Sat Oct 15 2016
Sesi Dewan Rakyat kali ini juga akan menyaksikan pelaksanaan sesi khas waktu pertanyaan menteri (MQT), bagi membolehkan soalan isu serius dan mutakhir dijawab oleh menteri berkaitan. - Gambar fail
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Hartal Doktor Kontrak: Kronologi lantikan pegawai perubatan kontrak
Hartal Doktor Kontrak menuntut jaminan pelantikan tetap bagi doktor kontrak dan baharu, hak gaji, serta kebajikan sama rata dengan doktor tetap.
PM Najib umum kenaikan elaun, peruntukan tambahan RM20 juta kepada Rela
Peruntukan tambahan RM20 juta kepada Jabatan Sukarelawan Malaysia adalah bagi pembelian uniform kepada kesemua anggota dan pegawainya.
PTPTN anjur Hari Mesra Pelanggan serentak di seluruh negara
Sambutan Hari Mesra Pelanggan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang diadakan serentak di seluruh negara merupakan usaha meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pelanggan mereka.
PM Najib lancar MYREN-X
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan infrastruktur siber jalur lebar berkelajuan tinggi 100 gigabit sesaat Malaysian Research and Education Network di Universiti Malaya hari ini.
Insentif khas PTPTN untuk ibu bapa pelajar tahun satu
Keistimewaan itu selaras pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa pembentangan Bajet 2017 tahun lalu.
MOF jelaskan mengenai pengecualian cukai untuk badan agama
Kementerian Kewangan menjelaskan bahawa pindaan terhadap Akta Cukai Pendapatan 1967 bertujuan untuk memastikan pendapatan mereka digunakan secara khusus bagi tujuan keagamaan dan amal.
TN50 digerakkan dari akar umbi, manfaatkan semua golongan - PM Najib
Hala tuju negara bagi tempoh tersebut akan lebih jelas lagi apabila TN50 telah ditetapkan dan bakal digerakkan mulai tahun depan.
DUN Perak lulus Bajet 2017, PAS pilih berkecuali
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini meluluskan Enakmen Perbekalan atau Bajet Negeri Perak 2017 setelah dibahaskan empat hari oleh hampir kesemua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) d
Muhyiddin hadir di Bukit Aman untuk diambil keterangan
Tan Sri Muhyiddin Yassin, tampil di ke Bukit Aman pagi tadi, bagi merakamkan percakapan berhubung ucapannya yang menyentuh tentang isu 1MDB di Parlimen baru-baru ini.
Bajet 2017: DBKL peruntuk RM2.87 bilion
Daripada peruntukan itu, sejumlah RM1.728 bilion disediakan bagi perbelanjaan mengurus dan RM1.143 bilion bagi pembangunan.