Pemberian insentif dan ganjaran kepada wira-wira Olimpik negara adalah perkara yang baik kepada pembangunan sukan negara kerana ia dapat meningkat semangat juang para atlet.
Penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datin Seri Rosmah Mansor berkata insentif itu amat berkesan terutamanya bagi atlet muda yang baru mewakili negara di peringkat antarabangsa.
"Saya telah melihat komitmen penuh pemain untuk menang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis meraikan pemain badminton yang beraksi di Sukan Olimpik Rio de Janeiro oleh Celcom Axiata Berhad di Axiata Tower di sini, semalam.
Hasil perbincangan dengan pemain, katanya, mereka berjanji untuk berlatih dengan bersungguh-sungguh dan akan cuba sedaya upaya untuk membawa pulang pingat emas pada Sukan Olimpik 2020 dio Tokyo.
Isteri perdana menteri itu berkata beliau menasihati atlet negara bahawa tiada jalan pintas untuk menjadi seorang juara, malah harus bekerja keras dan berkorban untuk mencapai azam itu.
Terdahulu, beliau menyaksikan pemberian cek insentif oleh Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Michael Kuehner kepada lapan pemain yang beraksi di Rio, selaku penaja utama BAM.
Lima pemenang pingat perak, iaitu pemain perseorangan lelaki Datuk Lee Chong Wei, beregu lelaki Goh V Shem-Tan Wee Kiong dan beregu campuran Chan Peng Soon-Goh Liu Ying menerima insentif sejumlah RM30,000 seorang iaitu RM20,000 wang tunai dan RM10,000 kredit Celcom.
Sementara itu, pemain perseorangan wanita Tee Jing Yi dan pasangan beregu wanita, Vivian Hoo-Woon Khe Wei menerima insentif sebanyak RM20,000 (RM10,000 tunai dan RM10,000 kredit Celcom).
Bernama
Tue Sep 13 2016
Datin Seri Rosmah Mansor (tengah) menyampaikan hadiah kepada pemain regu campuran badminton negara Chan Peng Soon (dua, kanan) pada majlis Celcom Axiata meraikan kejayaan mereka sempena Olimpik Rio 2016 di Menara Axiata pada Selasa. - Foto Bernama
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
Pemberian insentif dapat tingkat semangat juang atlet - Rosmah
Datin Seri Rosmah Mansor berkata insentif itu amat berkesan terutamanya bagi atlet muda yang baru mewakili negara di peringkat antarabangsa.
Pingat badminton bukan di bahu Chong Wei semata-mata - Mohamed Al-Amin
Sandaran pingat bagi sukan badminton di Rio de Janeiro tidak hanya terletak di bahu jaguh badminton Datuk Lee Chong Wei semata-mata, kata Pemangku Presiden BAM, Tan Sri Mohamed Al-Amin Abdul Majid.