awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembiayaan dana asing dibimbangi mempunyai agenda tersendiri - Shahrir Samad

Bernama
Bernama
10/11/2016
01:30 MYT
Pembiayaan dana asing dibimbangi mempunyai agenda tersendiri - Shahrir Samad
SHAHRIR: Harus berwaspada, kerana tanpa disedari, ada hala tuju yang ditentukan mereka (penyumbang dana).
Setiap dana asing khususnya dari Barat, yang diterima bagi membiayai kegiatan organisasi atau badan bukan kerajaan (NGO) di negara ini, haruslah diteliti kerana dibimbangi mempunyai agenda tertentu.
Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata dana berkenaan termasuklah daripada Open Society Foundation (OSF) yang diasaskan George Soros.
"George Soros ada nilai-nilai hidup yang berbeza daripada masyarakat kita, apatah lagi OSF yang membawa makna sekular dan terbuka.
"Sebab itulah sesebuah organisasi yang terima dana dari orang seperti Soros harus berwaspada kerana berkemungkinan, tanpa disedari, ada hala tuju yang ditentukan mereka," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, pada Rabu.
Baru-baru ini, Majlis Peguam mengakui ia menerima sejumlah RM53,757.12 (AS$15,000) daripada OSF sebagai geran untuk menjalankan kajian penyelidikan mengenai pekerja migran di Malaysia.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Migran, Pelarian dan Imigresen Majlis Peguam Datuk Seri M. Ramachelvan berkata pembiayaan itu diterima daripada OSF pada 7 Januari 2015.
Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata pembiayaan dana luar termasuk yang melibatkan politik boleh menimbulkan masalah kepada negara sekiranya tidak dikawal.
"Penyaluran dana daripada institusi berkaitan adalah membimbangkan kerana terbukti sebelum ini, ia menyebabkan berlaku perkara-perkara besar seperti perubahan pemerintahan dan politik dalam sesebuah negara," katanya. --BERNAMA
Topic Berkaitan
#dana asing
#George Soros
#OSF
#Shahrir Abdul Samad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan