awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Mesyuarat pertama Jawatankuasa Pentadbiran Gaza bermula di Kaherah
Pas, Bersatu nafi dakwaan provokasi politik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembinaan loji rawatan air, empangan bukti kerajaan penuhi keperluan asas rakyat - Hajiji

Bernama
Bernama
05/10/2025
20:30 MYT
Pembinaan loji rawatan air, empangan bukti kerajaan penuhi keperluan asas rakyat - Hajiji
Hajiji berkata, kerajaan tidak mempunyai 'tongkat sakti' untuk menyiapkan projek dalam tempoh sehari, namun komited untuk memastikan setiap projek disiapkan mengikut jadual bagi menstabilkan bekalan air di Sabah. - Gambar fail/Facebook Hajiji Noor
KOTA KINABALU: Projek menaik taraf Loji Rawatan Air (LRA) Kogopon II Papar dan Empangan Air Cinta Mata Tawau yang dijangka siap pada 2026, antara bukti komitmen berterusan kerajaan negeri dalam memastikan keperluan asas rakyat dapat dipenuhi.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, projek lain bagi tempoh jangka pendek dan panjang bagi menyelesaikan masalah bekalan air juga telah dilaksanakan termasuk Projek Hidroelektrik dan Skim Bekalan Air Ulu Padas yang mempunyai kapasiti 6,000 juta liter sehari (MLD) di pantai barat Sabah dan dijangka siap pada 2030.
"Beberapa projek lain turut dijadual siap antara 2026 hingga 2029 termasuk Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Lahad Datu, Sistem Retikulasi Semporna, projek muka sauk baharu LRA di Limbahau dan LRA baharu di Pulau Banggi.
"Projek lain yang turut menyumbang kepada peningkatan kapasiti bekalan air termasuk LRA Telibong II Fasa II yang telah siap sepenuhnya, Sistem BALB di Pitas dan Tuaran yang kini hampir siap serta pembinaan lima tangki simpanan baharu di Sandakan yang dijangka siap pada 2026," katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.
Hajiji berkata, kerajaan tidak mempunyai 'tongkat sakti' untuk menyiapkan projek dalam tempoh sehari, namun komited untuk memastikan setiap projek disiapkan mengikut jadual bagi menstabilkan bekalan air di Sabah.
Beliau berkata, walaupun ada yang menyatakan masalah bekalan air boleh diselesaikan dalam tempoh masa setahun tetapi ia mungkin merujuk kepada projek-projek yang sedang dilaksanakan pada masa kini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#loji rawatan air
#LRA Kogopon II Papar
#Empangan Air Cinta Mata Tawau
#Hajiji Noor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan